Popular Posts

Isnin, 2 April 2012

SAHABAT SALING MENGUATKAN...





Ukhuwah itu membina satu rasa yang luar biasa.

Apabila saudara kita mendapat kesenangan, kita turut gembira dan mendoakannya.

Namun, saat ia ditimpa musibah, kita sentiasa dekat untuk menyokong dan memberi inspirasi kepadanya.

Itulah ukhuwah orang-orang yang beriman.

Mukmin itu bagaikan satu jasad.

Sabda Nabi saw, ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” 


[Riwayat Muslim]

Kita ini bagaikan satu jasad...

Sedikit sahaja kesakitan menimpa saudara kita, maka kita turut terasa dengan kesakitan itu.

Seperti sahabat-sahabat Rasul saw, kerana ukhuwah, mereka sanggup berdepan dengan seksaan orang-orang kafir.

Khubaib Ibn Adi umpamanya, saat ia ingin dihukum bunuh, orang-orang kafir itu bertanya kepadanya: “ Sanggupkah jika tempat engkau ini digantikan oleh Muhammad bin Abdullah dan engkau boleh berbahagia di samping keluarga dan anak-anakmu?”

Apa jawapannya?

“Demi Allah, aku tidak rela walau secucuk duri mengenai tubuh Nabi Muhammad saw sedang aku bergembira bersama keluarga dan anak-anakku di rumah.”

Nah, ukhuwah itu sangat- sangat hebat !

Tidak ada perkataan yang sesuai rasanya untuk menggambarkan betapa manis dan lazatnya ukhuwah itu.

Ia boleh membawa sehingga ke tahap itu, AL-ITSAR!

Apa lagi yang hebat daripada AL-ITSAR?

AL-ITSAR itu adalah sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan Allah.



Wallahu`alam



Jagalah Hati…


Wassalam

1 ulasan:

  1. Assalam,
    Entri yg menarik.
    ....zaman sekarang ni teman ketawa ramai,teman menagis bersama-sama kita susah nak jumpa.....

    BalasPadam