Popular Posts

Jumaat, 20 April 2012

INDAHNYA CINTA... (EPISOD 7)





Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh di atas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. 


"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.


"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. 


Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.


"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.


"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. 


Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. 


Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. 


"Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. 


"Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."


"Zul sakit ke?" Tanya ayah. 


"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. 


Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. 


"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. 


"Nanti Ana ambilkan ubat."


Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. 
Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang ku suapkan. 


"Terima kasih." Ucapnya perlahan. 


Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.



"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." 


"Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."


"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."


"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.


"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.


Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah dari mana ia berputik.


"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang ya! Abang nak tidur dulu. 
Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. 


"Abang tidurlah."


Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.


Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Allah ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat…


Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan