Berdiamlah di
dalamnya…
engkau pasti
tenang bersama damai
Tanpa lagi tergoncang
oleh fikir
Kerana engkau tidak
lagi memutarnya
Biarlah
hati yang berjalan…
menyuruh jiwa menemani akal
maka engkau
hanya terpaku
melihat Ilahi memberi
cara
Menjadi ada dari asal tiada !
Betapa kita dimanjakan dengan rahmat
keagungan
tanpa perlu
diri disakiti
Cukup sahaja
mendengar rasa
akan makna yang Ilahi berikan
itulah sifat-Nya yang bertabur
hikmah
untuk hamba-Nya yang telah berbaur
dalam satu rasa dengan-Nya !
Wahai kebenaran…
Engkau berdiam tidak berucap
Berdiri kukuh dalam kesucian
Menjaga perintah atas Kudrat Mu
Engkau menunggu, umat berkunjung
untuk kau bawa kepada roh …
sebagai mihraj untuk mengerti rahsia-Nya
Itulah rahsia keabadian
yang hanya terlihat oleh hati yang
bening
Inilah penyatuan antara lahir dan kebenaran
sebagai rahsia Ilahi untuk hamba-Nya
Adakah kita ingin mencarinya…?
Sejauh nafas masih terhirup
marilah kita
mengerti tentang kisah
Asal diciptakan hingga pulang
ke tempat asal
Janganlah
mencari lembaran lain
Kerana hidup telah digariskan
Ikuti sahaja perintah-Nya.
Itulah Ilahi berbicara kepada
kita
Asal sahaja kita berhati bersih
pasti mendengar dan berjalan taat kepada-Nya
tanpa rasa
sakit, letih, bosan dan mengeluh
kerana hati
selalu damai setiap saat…
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan