Popular Posts

Khamis, 19 April 2012

INDAHNYA CINTA (EPISOD 2)




"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
 

"Baru aje.Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."


"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. 


"Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.


Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. 
Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.


"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. 


"Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.


"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat, kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." 


"Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. 


"Ish..Gatal la abang ni!", 


Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. 
Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang  
kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.


Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan… Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.


Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.


"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. 


Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.


"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.


Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. 

"Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.


"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk,Kesian kat abang yea!" 


Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku…


Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan