"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang
nak honeymoon ke mana?"
Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa cadangan pasal tu.
"Ana ikut aje ke mana abang nak bawa."
"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set
bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin, larat ke sayang nanti?"
"Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
"Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelasanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.
"Mari
bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan
makan malam. Rasa laparlah juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan
buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran
kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik…
Bersambung…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan