Di antara debu dan asap…
kita berada di tengah resah dan gundah,
tetapi kita terus berjalan, walau nafas termengah-mengah
jiwa terus berputar merenggut harapa
lupa keadaan diri akan Allah bersaksi
kita berharap bukan kepada yang tersurat di tangan-Nya
tetapi kita mengejar apa yang tersirat di dalam diri
itulah kita yang tidak peduli…
tuli kerana riuhnya nafsu yang bergemuruh

Banyak langkah yang salah
seharusnya menyusuri lembah keimanan
tetapi menepi di pinggiran kedustaan
hati tidak lagi mengadap …
ia berpaling dari cahaya-Nya
maka jiwa terus berlari
mencari puing yang dianggapnya emas
itulah dunia yang kita cintai …
padahal kotoran sahaja isinya
seharusnya menyusuri lembah keimanan
tetapi menepi di pinggiran kedustaan
hati tidak lagi mengadap …
ia berpaling dari cahaya-Nya
maka jiwa terus berlari
mencari puing yang dianggapnya emas
itulah dunia yang kita cintai …
padahal kotoran sahaja isinya
Ibadah tidak lagi menyembelih amarah
kerana hanya titik-titik sahaja iman di dalamnya
maka kita lumpuh kerana nafsu menggertak
sehingga hanyut dalam ketakutan
itulah dunia yang menjadi guru
menghalang jiwa agar tidak mengenal hati
maka ibadah bukan lagi makna hidup
tetapi hanya budak yang tunduk pada nafsu
yang melakukan sesuai dengan apa yang dikehendaki
bukan melaksanakan apa yang Allah inginkan…

Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan