Popular Posts

Jumaat, 6 April 2012

BILA ENGKAU BERTUDUNG...



Bila engkau bertudung…
selayaknya hatimu yang terlihat
dengan diselimuti Cahaya Allah
hingga iblis merasa silau bila berdekatan denganmu
dia buta… tidak lagi melihat engkau berjalan
bahkan dia tidak mampu lagi berbisik tentang Duniawi
kerana terhalang oleh ketulusan cintamu kepada Yang Maha Kuasa
iblis akan kehilanganmu di tempat yang ramai
bahkan tidak lagi mendekati di tempat yang gelap
kerana engkau terus terjaga oleh rahmat-Nya
yang menjauhkan dirimu dari kehinaan


Wahai saudaraku yang bertudung…
selayaknya jiwamu harus bersembunyi dari ribut kencang nafsu
tidak lagi berderu melihat kesenangan dunia
kerana engkau telah mengikuti perintah Yang Maha Kuasa
menjaga diri dari kebatilan dunia.
itulah keindahan aurat yang diselimut
bila saja engkau mengabdi dengan benar
sebagai muslimah yang memiliki darjat di hadapan Allah swt


Wahai saudaraku yang bertudung…
bila engkau telah mampu menjaga auratmu …
maka jaga pula perutmu dari nikmat dunia
tutup pula mulutmu dari yang batil
hingga fikiranmu lumpuh dari  kefanaan
maka jiwamu diam dalam kepasrahan
menjadikan kakimu tidak lagi mencari keserakahan
demi harta, pangkat dan kehormatan dunia
maka bila engkau bertudung…
seharusnya mulutmu basah dengan zikrullah
kerana engkau malu, takut  dan cinta  kepada ALLAH AZZA WAJAALLA
itulah keindahan selimut auratmu...
Wahai saudaraku!



Wallahu`alam



Jagalah Hati…



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan