Popular Posts

Sabtu, 14 April 2012

PENGEMIS DI JALAN CINTA MU...




Akulah yang mahu…
Mengorak cinta ke arah taubat
Mencari rindu melakar kasih
Menuai hati ke arah Mukhlis…


Akulah yang mahu…
Menatap rindu pada Mu
Mengerah mata mencari cinta
Membajai iman dengan harapan…


Akulah yang mahu…
Membunuh nafsu syahwat yang bersarang
Dalam gelora dunia
Mengerah diri sebagai hamba


Akulah yang mahu…
Mencari Mu, Ilahi…!
Mencari Mu dengan segenap jiwaku
Meranapkan riya' membina ikhlas!
Tunduk dan patuh kepada Mu…


Akulah yang mahu…
Menjadi seperti Labanan Khalisan ( QS An Nahl:66)
Susu yang murni terbit di antara tahi dan darah..
Sungguh ada pelajaran bagi orang yang mahu berfikir…


Akulah yang mahu…
Menjadi ikhlas seperti isterinya Imran ( QS Ali Imran:35)
Menazarkan anak dalam kandungan
Menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis


Akulah yang mahu…
Berserah diri pada Allah
Waspada pada hati
Menuduh diri tidak mensyukuri
Merasa hilang pandangan ikhlas
Kerana…
Aku tidak mahu menjadi manusia yang lalai kepada Mu…
Biarlah aku bermuhasabah diri
Mengorak cinta ke arah taubat..


Akulah ya Allah…
Yang sentiasa merasa Cinta..
Mencari serta mengemis Cinta..
Mengintai Cinta Mu andai ada..
Mengharap..
Saat terindah dan paling terindah..
Saat Engkau mengampuniku..
Mengampuni dosaku..
Saat Engkau menjadikan aku orang yang Mukhlis..


Ya Allah,
Aku benar-benar menunggu saat itu tiba..
Kerana akulah pengemis di jalan Cinta Mu..
Menadah tangan mengemis kasih sayang Mu…


Ya Allah,
Takdirkanlah sesuatu yang dari sisi Mu,
Kerana,
Dari sisi-Mu itu kekal abadi..


Ya Allah, ampunilah aku…




Wallahu`alam




Jagalah Hati…


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan