Namun segala-galanya telah ditentukan Allah… Hidup, mati, rezeki, baik
dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Ilahi semenjak ia berada dalam
kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa
menerima segala kehendak-Nya dengan redha dan tenang.
Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku
Aku sentuh tangannya, sejuk.
Aku memeriksa
nadi dan denyutan jantungnya.
Senyap!
Air mataku terus
mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi
kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk
kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba
mengejutkan suamiku itu.
Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
"Sudahlah Ana, bersyukurlah
kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku.
Itulah takdir Allah… malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tetapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.
Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh.
Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah
dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada
perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah
ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amiin…”
TAMAT...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan