Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.
Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu bertahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku?
Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?
Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?
Bertalu-talu
persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah
tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian.
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan perasaan hatiku sendiri.
Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Ilahi."
Indahnya ku perhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku kepada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.
Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar.
Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
"Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?",
"Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku
erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang.
Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."
Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!" Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
"Sayang, abang nak mandi kejap.
Badan ni dah
rasa macam melekit."
Aku bangun
membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Ku hulurkan kepadanya dengan penuh
kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke
bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya…
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan