Popular Posts

Ahad, 8 April 2012

SEJAUHMANAKAH HATI MENCINTAI ALLAH...?




Dengan solat, ramai orang merasa sudah bertakwa !
dengan bersedekah, ramai orang merasa sudah memberi !
begitulah manusia memandang ibadahnya…
seakan-akan telah sempurna perhambaan kepada Maha Pencipta
padahal semua ibadah adalah bermakna keindahan hati
ukurannya adalah keikhlasan !
bukan sebesar apa yang kita lakukan
tapi sejauhmana, hati menjadi tawaduk dan ikhlas…


Konsep syariat hanyalah awal kita melangkah
tetapi manusia malas untuk melanjutkan perjalanan ibadahnya
cukup sahaja yang ringan, asalkan pahala tetap diperolehi
begitulah manusia selalu menghitung untung rugi
tapi tidak pernah mengukur kedalaman hati
begitulah manusia dalam memandang Allah
taat dan patuh dibatasi oleh fikirannya…
Astaghfirullah !


Hakikat manusia adalah kembali pada asalnya
hakikat ibadah adalah ketundukkan nafsu dalam dirinya
hakikat tauhid adalah menghilangkan tuhan lain
riadahnya adalah kesungguhan dalam mencintai Allah swt
iaitu melalui berzikir dan khalwat sebagai riadahnya
hati mesti berdiri tegak bersama tauhid
maka sebaik-baiknya ibadah adalah Mukhlisin
bila manusia masih ada kecintaan terhadap duniawi…
maka itulah jawapan atas ibadah kita selama ini
hanya lahir sahaja yang terasa…
dan keberadaan Allah pun begitu nipisnya
kerana masih bergandingan dengan kecintaan terhadap duniawi
semoga hikmah ini menjadikan renungan kita semua…
Sejauh manakah hati mencintai Allah swt…


Wallahu`alam

Jagalah Hati…


Wassalam

1 ulasan:

  1. terimakasih atas ungkapan kata yang penuh hikmat, sangat bermakna buat muhassabah diri ...

    BalasPadam