Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku
letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil.
Aku menunggunya keluar
dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti
suamiku itu dengan penuh debaran.
Kedengaran pintu bilik
air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.
"Sayang, boleh tak
ambilkan abang segelas air. Dahagalah."
Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
"Baik bang. Bang,
ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Ku lihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
"Patutlah."
Bisik hatiku.
Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam samar-samar cahaya bilik yang
masih lagi terpasang. Ku penuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai
sebiji gelas. Aku membawa
kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing
tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit
kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal
mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk
berdoa atas sejadah.
Mulutnya terkumat kamit
tanpa ku tahu butir bicaranya. Ku tuangkan air kedalam gelas dan ku letakkan
atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku
menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang…."Seruku.
"Ada
apa sayang?" Soalnya apabila
melihat aku tersipu-sipu ke arahnya.
"Malam ni abang
nak…..nak….."Agak segan untuk ku teruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih
lagi menanti persoalan yang ku tanya… "
Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Ah..abang
ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca
fikiranku.
"Ya,
abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ke telingaku.
Aku hanya mampu
mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.
Aku cuba
untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan
memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum,
wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.
"Waalaikumussalam
wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang
gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah ku serahkan kepadanya seluruh
jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya ke atasku.
Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala
arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak
bercanggah dengan ketetapan Allah dan Rasul.
Pertama kali
ku lalui dalam hidupku, malam
bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu
adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah
membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang
isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk
mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi
yang terbaik bagi suamiku. Aku
ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di
hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah saw bersabda,
"Sebaik-baik isteri itu ialah
yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila
kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah saw bersabda
lagi, "Setiap wanita itu adalah
pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah
bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara
segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya wanita yang baik
itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria
terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga
diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan
apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak
suaminya itu."
Sesungguhnya
perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang
boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang
haram sebelumnya.
Ia memerlukan
persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi
seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang
berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan
dugaan ini bersama-sama. Ia amat
mustahil sekali.
Maka seharusnya kita
perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai
ilmu… Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan
sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi
mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan
tentang nafsu semata-mata. Fikirkan
sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami
ataupun isteri, tanggungjawab
sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan
tanggungjawab dan tuntutan itu.Kita pastinya akan dipersoalkan tentang amanah itu,
sama ada di dunia mahu pun di hadapan Allah nanti kerana tanggungjawab itu
adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.
Bunyi batuk yang
berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini…
Bersambung…