Redha... Jika kita katakan kita redha dengan apa yang terjadi, tiada siapa yang tahu walau kita berbohong. Tiada siapa juga tahu kalau kita benar-benar ikhlas. Tiada siapa tahu sejauhmana kita redha. Tiada siapa yang tahu...melainkan Allah.
Wahai jiwa saudara semuslimku,
Redha itu antara kita dan Allah. Hanya kita yang tahu adakah benar kita redha, dan hanya Allah yang mengira nilai redha kita itu.
Bila kita redha, bermakna kita terima dengan tenang apa yang Allah berikan. Jika manis, kita tenang dan tidak terlampau gembira. Bila pahit pula, kita tenang juga sebab kita tahu Allah berikan ia pada kita untuk membuat kita jadi lebih hebat.
Bila kita redha dengan semua yang Allah berikan, terutamanya dugaan-dugaan yang Dia berikan ke atas kita, maka kita akan dapatlah juga keredhaan dari Allah. Yang mana MASYAALLAH... lebih berharga dari seluruh dunia dan isinya, bahkan redha Allah itu lebih berharga dari Syurga-Nya sendiri. Jika Allah redha kepada kita, bayangkanlah, kita buat baik Dia sayang. Kita TER buat silap pun Dia sayang.
Wahai jiwa muthmainah.
Didiklah diri kita untuk redha. Sebut di mulut banyak kali pun, tetapi hati kita hanya Allah sahaja yang tahu. Maka didiklah. Redhalah...
Setelah kita letakkan usaha, redhalah dengan apa sahaja bentuk pulangan yang kita perolehi. Dan ingatlah, bukan usaha kita yang menentukan natijah hari esok. Malah sikit pun usaha penat lelah kita itu tidak member kesan pada natijah esok lusa. Segalanya telah dilukis sejak awal lagi, tidak akan berubah. Kita letakkan usaha bukan untuk dapatkan hasil yang kita inginkan, tetapi kita letak usaha sebab di situ peluang kita untuk meraih pahala...jika benar kita buat kerana Allah.
Bila kita diduga dengan pelbagai perkara yang meresahkan, adakala mematahkan hati, redhalah. Dan bergembiralah, kerana hanya orang yang dalam dadanya ada iman akan di timpakan dugaan. Jika kita dibiar bahagia tanpa duka, mana ada ruang untuk kita tingkatkan iman?
Sebab itu orang-orang mukmin, dunia ini penjara, penuh dugaan. Sebab dia beriman. Maka dia banyak diuji. Sepahit penjara.
Sedangkan orang yang dibiar leka, dunia ini terasa indah baginya..sayanglah, sebab nanti dia akan mati. Dunia akan hancur runtuh ranap, habuk pun tidak tinggal.
Wahai jiwa yang rapuh,
Redhalah kau.
Sabarlah kau.
Tenanglah kau.
Allah di pihakmu, kemenangan Dia janji jadi milikmu.. Andai kau,
Pegang kuat janji Allah.
Doa bersunggguh pada Allah.
Usaha kuat di jalan Allah.
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan