Popular Posts

Khamis, 17 November 2011

PENJARA MUKMIN...




Sungguh... orang beriman itu baginya dunia ini penjara.

Sebab...

sebab orang beriman pun manusia juga.

ada hati, ada keinginan...ada nafsu.

ditambah dengan indahnya juadah dunia.

sini enak, sana enak. orang beriman pun mahu itu, mahu ini.

cuma bezanya orang beriman menahan diri...

takwa – takut.



dan menahan diri itu bukanlah enak, bahkan sakit dan pedih.

dunia pula, kiri kanan semua yang indah.

orang beriman semakin sakit... semakin pedih.

lepas satu satu datang menduga.

iman tergoncang.



mujahadah itu pahit sangat, tapi orang beriman tetap menelannya.

kerana satu saja. satu saja...

kerana ALLAH.



kerana itulah, bagi orang beriman, dunia ini penjara.

kiri dan kanan penuh duri.

dan orang  beriman merindukan pertemuan dengan Allah.

Dia tidak merasa rugi untuk melepaskan dunia.

bahkan merekalah yang paling beruntung kelak.

sebab Allah tidak seperti manusia, yang segelintirnya tidak memegang janji.

Allah janjikan para mutaqqin dengan Jannati tajril tahtihal anhar.

orang beriman akan dapat itu nanti.
(QS Ali Imran:15-17)



Untuk orang-orang yang bertakwa 

pada sisi Robb mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. 

Mereka kekal di dalamnya dan ada isteri yang suci 

serta keredhaan Allah



dan Allah Maha Melihat hamba-hambanya.

iaitu orang yang berdoa, ” Ya Robb kami, 

sesunguhnya kami telah beriman, 

maka ampunilah kami dan peliharalah kami dari siksaan neraka”



Dan orang orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, 

yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan memohon ampun di waktu sahur



mengira tentang diri – bagaimanakah dengan kita.

sudah terasakan kita akan sakit menahan diri itu?

sudah tertelankah oleh kita pahit mujahadah itu?

sudah menjerit-jeritkah hati kita, mahu jauh dari indahnya dunia itu?

sudah tidak tahan lagikah kita, dunia ibarat penjara ini?

sudah terlalu rindukah kita, akan pertemuan dengan Allah?

penyakit wahan – cintakan dunia, takutkan mati.

sedang mati itu PASTI. sudah tidak berapa lama lagi...

kita  semakin hampir sudah...


Wallahu`alam




Jagalah Hati...



Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan