Bersedia atau tidak, suatu saat akhir itu pasti datang. Tidak ada lagi matahari terbit, tidak ada minit, jam atau pun hari. Semua yang telah kita kumpulkan, adakah ia cukup berharga atau sia-sia, dan semuanya akan berpindah menjadi milik orang lain.
Kekayaan, kegemilangan, dan kekuasaan sementara kita itu akan surut menjadi tidak sesuai lagi dengan keinginan sebenar kita. Tidak peduli apa sahaja yang telah kita miliki atau terima. Perasaan dendam, amarah, kecewa dan kecemburuan kita akhirnya akan sirna.
Begitu juga dengan harapan-harapan, cita-cita, impian-impian dan sejumlah senarai panjang yang akan kita lakukan akan berakhir. Kejayaan dan kelelahan yang seolah-olah pernah begitu penting akan beransur lenyap. Tidak peduli dari mana sahaja asal kita.
Tidak peduli adakah kita cantik, segak, perkasa, anggun atau bijaksana. Malahan, jantina dan warna kulit kita pun tidak akan mempunyai pengaruh. Lalu... apa sebenarnya yang paling penting...?
Yang paling penting atau bermakna bukanlah apa yang kita beli, namun apa yang telah kita bina atau perbuat.
Yang paling bermakna bukanlah apa yang kita perolehi, tetapi apa yang kita berikan.
Yang paling bermakna bukanlah kejayaan kita, tetapi makna wujud diri kita.
Yang paling bermakna bukanlah perkara-perkara yang kita pelajari, namun apa yang kita ajarkan.
Yang paling bermakna adalah setiap tindakan yang penuh integriti, rasa berani, atau pengorbanan yang dapat meningkatkan, memperkuat atau memberi dorongan kepada orang lain untuk mengikuti teladan kita.
Yang paling bermakna bukanlah kepakaran kita, tetapi akhlak kita.
Yang paling bermakna bukanlah berapa ramai orang yang kita kenali, melainkan berapa ramai yang akan merasa sangat kehilangan saat kita telah pergi.
Yang paling bermakna bukanlah kenangan yang kita miliki, akan tetapi kenangan yang terus hidup dalam orang-orang yang menyayangi diri kita.
Yang paling bermakna bukanlah seberapa lama kita akan diingati dan untuk apa.
Menghidupkan atau menjadikan perkara yang sangat bermakna bukanlah hal yang boleh terjadi begitu sahaja...
Semua itu hanya boleh terjadi kerana kitalah yang memilih untuk melakukannya....
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan