Popular Posts

Selasa, 15 November 2011

JIKA...




Jika kita kaya, senangkanlah hati…!!
Kerana dengan kekayaan itu, terbentang kesempatan
di hadapan kita untuk mengeluarkan orang yang dalam kesusahan...
Perbuatan kita disenangi orang, kita akan mendapat pujian di penjuru dunia...
kita menjadi mulia,....
dihadapan kita terbentang permaidani pujian,
sebab itu kita beroleh kebebasan dan kemerdekaan



Jika kita miskin, senangkanlah hati...!!
Kerana kita dapat terlepas dari suatu penyakit hati
Penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang-orang kaya.
Senangkanlah pula hati kita kerana tidak ada orang
yang merasa dengki kepada kita, disebabkan oleh kemiskinan itu.
Kemiskinan juga nikmat kerana dengannya tidak ada jalan bagi orang lain
untuk berkecil hati dan tidak ada pula pintu kebencian



Jika kita dermawan, senangkanlah hati...!!
kerana dengan sifat pemurah itu kita telah dapat
mengisi tangan-tangan yang kosong, telah dapat menutup
tubuh-tubuh yang bertelanjang dan kita dapat
tegakkan orang yang hampir jatuh ke jurang kebinasaan...
Dengan cara itu, kita telah menuruti perintah hati
dan kita mendapat bahagia......
berpuluh, bahkan beratus makhluk Allah akan memuji kepada Ilahi disebabkan pertolongan kita. Kesenangan hati kita yang tadinya cuma satu, sekarang telah berlipat ganda,
sebab telah ramai orang yang ikut serta mengecapi nikmat yang telah kita hulurkan.



Akan tetapi, jika kita tidak dapat menjadi
seorang yang dermawan, senangkanlah pula hati kita...!!
Sebab kita telah terhindar dari sifat riya
yang kadangkala di miliki oleh orang - orang yang suka memberi...



Jika kita masih muda remaja, senangkanlah hati...!!
kerana pohon pengharapan kita masih subur,
dahan-dahannya masih rendang dan rimbun, tujuan dan
kenang-kenangan kita masih jauh..
sebab umur yang masih muda,
mudah bagi kita untuk menjadikan mimpi kea rah kenyataan....



Akan tetapi, jika kita sudah tua, senangkanlah pula hati...!!
Kerana kita telah terlepas dari pertempuran dan perjuangan yang dahsyat,
dan kita telah memperolehi beberapa ilmu dari pengalaman hidup kita,
kita telah tahu tujuan jalan yang telah di tempuhi.....
Oleh kerana itu, segala pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah yang berfaedah.. .
sebab satu saat umur kita dimasa tua, lebih mahal harganya daripada
bertahun-tahun umur kita di masa muda.......
sebab semuanya telah kita lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman pahit



Jika kita sihat, senangkanlah hati...!!
Tandanya telah nyata pada diri kita kekayaan Ilahi dan
kemuliaan nikmat-Nya, kerana badan yang sihat, mudahlah
kita mendaki bukit kesusahan dan menempuhi padang kesulitan....



Akan tetapi jika kita sakit, senangkanlah juga hati...!!
Kerana sudah nyata bahawa diri kita adalah tempat perjuangan
di antara dua alam yang dijadikan Allah, iaitu kesihatan dan kesakitan



Jika tanah air kita dijajah ataupun diri kita diperhambakan, senangkanlah hati...!!
Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan kepada
perjuangan melepaskan diri dari belenggu...



Wallahu`alam




Jagalah Hati...



Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan