Popular Posts

Sabtu, 12 November 2011

PERSAHABATAN II...




Ingatkan bila kali terakhir kita berada dalam kesulitan?



Siapa yang berada di samping kita…?



Siapa yang mengasihi kita di saat kita merasa tidak ada yang menyayangi…??



Siapa yang ingin bersama kita saat kita tidak mampu memberikan apa apa…???



Apa yang kita alami demi sahabat kadangkala melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.



Persahabatan sering mendatangkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sebenar mampu mengatasi cubaan itu, malahan semakin erat bersama kerananya…



Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba, tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi. Demikianlah sahabat menajamkan sahabat…



Persahabatan di warnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka di hibur,di sakiti, di perhatikan,di kecewakan di dengar,di abaikan di bantu dan ditolak. Namun semua ini tidak pernah sengaja di lakukan dengan tujuan kebencian…



Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Kerana kasihlah, ia memberanikan diri menegur apa adanya,.....



Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah…



Kerinduan menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,kerana tidak ada persahabatan yang di awali dengan sikap egois…



Hakikatnya, semua orang pasti inginkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya…!



Dalam masa yang sama, ramai juga orang yang telah menikmati indahnya sebuah persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur hatinya kerana di khianati oleh sahabat…



Sahabat… semoga kita mampu memelihara dan menjaganya kerana mereka adalah anugerah terindah



Wallahu`alam




Jagalah Hati…



Wassalam.

1 ulasan:

  1. Assalaamu'alikum wr.wb
    Alangkah indahnya persahabatan, seiring sejalan menapaki jejak jejak ke redhaan Allah.
    Ust.Syed Roslan Jaafar, bunganya indah , senang aku melihatnya, boleh tak aku pinjam buat entry nanti.
    salam ukhuwah dari seberang.

    BalasPadam