Popular Posts

Rabu, 2 November 2011

KETIKA TAKDIR MENYAPA SI PENDOSA...




Adakalanya…
Apa yang kita inginkan tidak terjadi
Walaupun pelbagai macam cara telah kita lakukan untuk mewujudkan semua keinginan itu
tetapi….
Apa yang tidak kita inginkan dan kita hindari pula kita perolehi



Sering terlintas di fikiran penatku
Tentang apa erti hidupku ini,
Jika detik demi detik yang dilewati
hanya dijalani dengan derita
Bahkan dunia hanya ladang penyemai dosa
Yang terus berkembang dan tidak pernah berhenti di satu masa
Hanya kerana kejahilan dan kebodohan



Sungguh…
Tidak ada yang mengetahui
Apa makna disebalik semua yang kita alami dan dapati sepanjang usia



Sejak mata terbuka di pagi hari…
Hingga terpejam kembali di malam hari
Oleh segunung tugasan yang kita lakukan setiap harinya



Tidak kita……..
Tidak dia……..
Tidak juga mereka……..
Tapi kita semua
Ya…….. kita semua
Hanya makhluk, hamba, umat……..
yang hanya dapat berusaha
Selebihnya…. hasil adalah hak Allah sepenuhnya



Ya…….. berusaha……..
Hanya itu KATA yang tepat
untuk sebuah perjuangan hidup yang telah diberikan-Nya
Walaupun tanpa mampu kita ingat kembali
bahawa telah ada perjanjian sebelumnya
Antara Allah dan roh kita
Sebelum raga ini diciptakan



Malahan…
sebelum kedua orang tua yang telah melahirkan kita tahu
Bahawa kita adalah sebahagian dari takdir mereka
Bahawa kita adalah titipan
Bahawa kita adalah amanah yang harus dijaga dan arahkan
kepada jalan-Nya



Kembali kepada jalan yang diredhai-Nya
Yang menyurutkan perjuangan syaitan dan iblis
Yang selalu menghadang setiap langkah ikhlas kita
Menuju kebahagiaan yang hakiki
Bukan sesal yang kita miliki
Bukan tangis yang kita kenali
Tapi tekad…….. semangat……..
Untuk berjuang lebih baik
Mengakui segala kesalahan dan kekhilafan kita
Sebagai manusia yang penuh salah dan dosa
Agar menjadi lebih baik di hari esok
Dengan senyuman dan harapan
Kepada takdir yang telah digariskan
Sebagai hamba yang taat dan beriman hanya kepada Allah swt




Wallahu`alam




Jagalah Hati…




Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan