Sekarang ini kita menginjak ke bulan Muharram. Dalam Islam, antara bulan- bulanada yang mempunyai kekhususan tertentu. Apa keutamaan bulan Muharram?
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam. Oleh itu, salah satu momentum yang sangat penting bagi umat Islam ialah menjadikan pergantian tahun baru Islam sebagai sarana umat Islam untuk muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah dilakukan dan rencana ke depan yang lebih baik lagi. Momentum perubahan dan perbaikan menuju kebangkitan Islam sesuai dengan jiwa hijrah Rasulullah saw dan sahabatnya dari Mekah ke Madinah.
Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah. Empat bulan tersebut adalah, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah swt berfirman, “Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram,” (QS. At Taubah: 36)
Kata Muharram ertinya ‘dilarang’. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenali sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan persengketaan lainnya. Kemudian ketika Islam datang, bulan haram ditetapkan dan dipertahankan, sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.
Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (syahrullah). Pada bulan ini tepatnya pada tanggal 10 Muharram Allah menyelamatkan Nabi Musa as dan Bani Israil dari buruan Firaun. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah saw menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai rasa syukur atas pertolongan Allah.
Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa 10 Muharram tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah menjadi sunat setelah turun kewajiban puasa Ramadhan. Rasulullah saw bersabda, Dari Ibnu Abbas ra, bahawa Nabi saw ketika datang ke Madinah, mendapati orang Yahudi berpuasa satu hari, iaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “ Ini adalah hari yang agung iaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah. Rasulullah saw berkata, “Aku lebih berhak mengikuti Musa as daripada mereka.” Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa” (Bukhari).
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah solat malam.” (Muslim)
Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah saw memerintahkan pada umatnya agar berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apalagi oleh orang-orang musyrik. Oleh kerana itu, ada beberapa hadis menyarankan agar puasa hari ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura.
Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan. Pertama, berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, iaitu puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram. Kedua, berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, iaitu puasa tanggal: 9 dan 10, atau 10 dan 11. Ketiga, puasa pada tanggal 10 Muharram sahaja, hal ini kerana ketika Rasulullah saw memerintahkan untuk puasa pada hari ‘Asyura, para sahabat berkata, “Itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, Baginda saw, “Jika datang tahun depan insya Allah kita akan berpuasa hari kesembilan, akan tetapi Baginda saw wafat pada tahun tersebut.” (Muslim).
Landasan puasa tanggal 11 Muharram didasarkan pada keumuman dalil keutamaan berpuasa pada bulan Muharram. Di samping itu sebagai bentuk berhati-hati jika terjadi kesalahan dalam hitungan awal Muharram.
Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk banyak bersedekah dan menyediakan lebih banyak makanan untuk keluarganya pada 10 Muharram. Tradisi ini memang tidak disebutkan dalam hadis, namun ulama seperti Baihaqi dan Ibnu Hibban menyatakan bahawa perkara tersebut baik untuk dilakukan.
Demikian juga ada sebahagian umat Islam menjadikan bulan Muharram sebagai bulan anak yatim. Menyantuni dan memelihara anak yatim adalah sesuatu yang sangat mulia dan dapat dilakukan bila-bila sahaja. Dan tidak ada dalil yang kuat mengaitkan menyayangi dan menyantuni anak yatim hanya pada bulan Muharram.
Wallahu`alam
Jagalah Hati...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan