Tidak perlu emas bermutu 999.99 untuk menjadi cincin permata berlian yang penuh pesona
Kerana emas bermutu 999.99 terlalu lembut
dan tidak dapat mencengkam berlian dengan sempurna
Mungkin cukup emas bermutu 916,
tetapi bernilai dan mampu memegang berlian dengan kuat.
Berlian dapat bertahta dengan kukuhnya tanpa perlu bersaing dengan kilauan emas
Memancar anggun, Menjadikan cincin makin sedap dipandang mata.
Tidak perlu kecerdasan sempurna untuk menjadi guru yang dirindui
Kerana kesempurnaan akan menyukarkan murid untuk meniru
Cukuplah guru memahami tugasnya yang hakiki
Meluaskan wawasan dan menghias diri dengan kekayaan hati
Hingga murid memahami bukan gelaran tujuan akhir pembelajarannya
Hingga murid menyedari bahawa syurgalah sasaran sebenarnya.
Tidak perlu ibu yang super hebat untuk mendapatkan putera-puteri yang hebat
Cukup ibu yang ikhlas dan menyedari bahawa tugas keibuan adalah sebuah kudrat
Cukup ibu yang biasa-biasa sahaja, namun hati yang penuh dengan cinta
Cukup ibu yang mampu menyuburkan potensi anak-anaknya
Yang menjadikan rumah adalah sekolah mereka
Yang mengubah rumah jadi taman indah penuh warna.
Tidak perlu keterampilan sempurna bagi seorang pemimpin
Cukup bermental teguh, kreatif dan bijak
Mahu terus belajar dan membuka diri atas segala pendapat serta saranan
Pemimpin yang memahami bahawa orang bawahan
adalah kumpulan kerja yang hebat bertenaga
Pemimpin yang membiarkan anak-anak buahnya bersinar, tanpa takut disaingi
Kerana sedar, kilauan anak buahnya adalah keindahan tersendiri.
Tidak perlu syarat 100% sempurna untuk menjadi pasangan sejati
Kerana nilai sempurna tidak akan ditemui di Bumi ini
Cukup seseorang yang menyedari bahawa dirinya bermakna
Cukup orang yang menyedari setiap dari kita saling memiliki
Sehingga tidak perlu lagi menuntut kesempurnaan
Sehingga makin bijak menghadapi keterbatasan
Selalu ingin memberi
Membuat orang selesa dan merasa dihargai
Dan kerananya cinta akan selalu tumbuh di hati
Abadi…
Wallahu`alam
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan