Popular Posts

Ahad, 25 September 2011

RENUNGAN HARI INI...


Sekadar Renungan.......


Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan



Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana



Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Gah, suamiku seorang jutawan)



tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang selebriti)



ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah, suamiku seorang negarawan)



pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.



Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani



Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri


Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa


Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tidak gelisah
Bila miskin tidak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....



Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Ilahi
Ingatkah pada firman Allah,“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati”


suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir Ilahi
itulah zikir yang hakiki.



Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadkan akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinan pun terserlah



Di atas tapak iman dirikanlah hukum Ilahi
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah saw



Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah"



"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukan-Nya hati kamu semuanya,
sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmat-Nya.”
(Ali-Imran:103)

Wallahu`alam.


Jagalah Hati...

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan