Popular Posts

Rabu, 21 September 2011

DOA SEORANG BURUH BINAAN DI SUATU SUDUT DINDING...



Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang…

di Syurga mulia takhta Mu dan di sebalik tembok yang ku dirikan ini, di bawah panasnya matahari membakar, ku datang pada Mu.Aku ingin melepas lelah dan letihnya tubuh yang diselaputi pasir dan bebatuan ini bersama debu simen yang menyesakkan nafasku. Namun aku harus tetap bertahan untuk menyelesaikan upah sehari yang tidak seberapa, hanya untuk beras dan sedikit sayuran untuk isteri serta anak-anakku. Jika masih terdapat baki, dapat ku gunakan untuk membayar hutang kelmarin.


 

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang…

Aku tidak meminta lebih dari yang dapat ku raih dari tenaga kudrat yang Engkau pinjamkan ini, Semoga Engkau sentiasa memberikan ku tenaga yang tidak dapat ku beli kerana minuman penambah tenaga sangat mahal bagiku. Biarlah Engkau sendiri yang memberikan aku minum untuk menggantikan keringat yang terus mengalir dan memperkuat tembok yang ku bina ini. Seringku kehausan dan hanya dapat ku basahi ia dari sisa ludah yang belum sempat ku buang untuk mengurangi kepahitan mulut yang ku rasa.




Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang…

Dalam beban ini, aku tetap percaya akan Kasih dan Kemurahan Mu yang membawa kekuatan dan hiburan buatku. Walaupun kerapuhan terus menerobos dalam penderitaan dan kesunyian ini, aku percaya akan rahmat Mu yang tidak mampu terungkapkan dalam hidupku kerana penderitaan yang berpanjangan terlihat sebagai kutukan hidup dan berkat adalah kemudahan dan pertolongan Mu. Hanya rahmat Mu jua tetap bertahta dalam dadaku, memberikan aku kesabaran untuk tetap berdiri menatap masa depan putera-puteriku. Mereka adalah harapan dan semagatku. Semoga kelak mereka dapat mengecapi pendidikan yang baik dan menjalani hidup ini demi kehidupan orang-orang yang lemah dan miskin di masa datang.




Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang…

Kepada Mu jua seluruh harapanku tertumpah. Bila esok itu ada, kiranya Engkaulah yang menghantarku kembali ke tempat ini untuk meneruskan sisa kerjaku…
Amin…



Jagalah Hati…


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan