Popular Posts

Selasa, 13 September 2011

ALLAH SELALU MENANTI KITA...


Ya Allah….


Kami yakin, di setiap kesulitan yang kami perlu hadapi dan lalui. Engkau telah menyediakan jalan keluar dan penyelesaiannya. Hanya sahaja kami perlu tabah, kuat dan yakin pada Mu. Kami harus percaya dan selalu berharap pada Mu. Memohon Engkau membantu kami dan tidak membiarkan kami sendirian dan berputus asa dengan Mu.


Walau betapa berat dan pedih pun apa yang kami rasai. Kami hanya ada 2 pilihan, kami tetap juga perlu menghadapinya cuma sama ada dengan sabar dan beroleh keredhaan Mu atau memilih untuk menghadapinya dengan rungutan dan kemarahan lalu beroleh kemurkaan dan kebencian Mu. Kami tidak mahu dibenci oleh Mu. Hanya Engkau yang selalu menyayangi kami setiap masa dan menyayangi kami apa adanya kami. Hanya Engkau yang selalu ada untuk kami. Kami tidak mahu kehilangan Mu. Tidak mahu dan tidak sanggup…!!!


Kami akan kuat demi Mu. Jadi hamba yang redha kerana Mu. Akan kami pekakkan telinga dan butakan mata pada kata-kata mereka yang ingin menggoyah kepercayaan dan cinta kami pada Mu. Kami hanya akan buat apa yang Engkau sukai. Kami hanya akan pilih apa yang Engkau redhai. Biarkan mereka. Kami tidak hidup kerana manusia. Bukan mereka yang menjadi sebab kami wujud di dunia. Kami hidup kerana Mu ya Allah…!




Ya Allah…


Walau di manapun kami Engkau campakkan… bagaimanapun kami Engkau mahu perlakukan… kami mohon pada Mu agar kami akan tetap rasa lebih dekat dengan Mu. Kuatkan hati kami pada Mu. Kami redha dan terima semua ujian yang Engkau berikan pada kami…tapi kami memohon janganlah Engkau uji kami dengan berjauhan dari Mu. Jauh dari Mu bererti kami termasuklah kami dalam golongan yang rugi ya Allah….!


Berjauhan dari Mu ertinya hidup kami tidak bererti lagi…Sunyi. Sepi. Sendirian…

Amin ya Allah….!



Jagalah Hati…


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan