Suatu hari, seorang tukang kebun cuba mengadakan sebuah eksperimen di kebunnya. Beliau menanam dua tanaman yang sama jenis pada batas yang sama. Yang membezakan hanyalah bagaimana cara dia menjaga tanaman tersebut.
Tanaman yang pertama disiram secara rutin setiap pagi dan petang, manakala tanaman yang kedua disiram hanya dua hari sekali.
Ketika tanaman itu tumbuh subur cukup besar, tiba waktunya untuk menguji kekuatan akar tanaman tersebut.
Hasil eksperimen tersebut… Diperlukan masa kurang dari dua minit untuk mencabut akar dari tanaman yang pertama.
Untuk tanaman yang kedua,diperlukan waktu lebih lama, iaitu empat minit untuk mencabutnya!
Mengapa hal itu boleh terjadi?
Tanaman yang pertama cukup dimanjakan dengan air yang ia dapat dengan mudah, sehingga akarnya tidak berusaha mencari ke tanah yang lebih dalam.
Sedangkan tanaman yang kedua kerana mendapat bekalan air yang lebih sedikit, maka mahu tidak mahu, akarnya mencari ke sumber air sehingga didapatnya akarnya jauh lebih kuat kerana masuk lebih dalam ke tanah.
Apa yang boleh kita belajar…?
Sebenarnya, cara Allah mendidik kita tidak jauh bezanya dengan illustrasi tersebut.
Bayangkan jika Allah memanjakan kita dengan mengabulkan semua doa yang kita minta, atau tidak pernah mengizinkan penderitaan dan masalah dalam hidup kita…?
Tentu ini akan membuat kita jadi orang yang manja. Tidak hanya setakat itu, kita akan menjadi orang yang malas.
Akibatnya, akar iman kita tidak kuat dan ketika konflik timbul, dengan mudahnya kehidupan kita tumbang…!
Allah sangat mengasihi kita, itu sebabnya Dia selalu mendewasakan dan melatih akar iman kita.
Mengizinkan penderitaan, masalah, tekanan hidup atau keadaan yang tidak menyenangkan dengan harapan bahawa akar iman kita terus mencari “Sumber” yang sejati.
Bagaimana dengan saudara semuslimku…? Adakah saudara memilih untuk menjadi orang yang manja dengan akar yang rapuh, ataukah menjadi orang yang didewasakan oleh Ilahi…?
Tanpa masalah, kita hanya akan menjadi orang yang manja dengan akar iman yang rapuh…
Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan