Popular Posts

Khamis, 29 September 2011

BELAJAR JUZUK 3...


Belajar bererti
Usaha yang tidak pernah berhenti
Sejak bayi sampai menjelang mati
Mengasah otak menghias hati dan pekerti
Tidak ada kamus untuk cuti
Apalagi cuma diam menghitung hari


Belajar adalah,
Kerja keras, bukan pasrah
Bersemangat dan pantang menyerah
Mahu mencuba dan tidak takut salah
Bersabar, tidak pernah berkeluh kesah
Dan belajar bukan sekadar dapat ijazah


Belajar juga bererti
Membaca dengan fikiran
Mendengar dengan hati
Melihat dengan jiwa
Berjalan dengan perasaan


Belajar ertinya, tabah
Rendah hati, santun, dan sabar
Agar menjadi anak terpelajar
Bukan jadi semakin kurang ajar...


JAGALAH HATI...


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan