Popular Posts

Isnin, 26 September 2011

CINTA... SEBUAH UJIAN...




Hubungan lama yang telah terjalin membuat larut
dalam kenangan demi kenangan usang namun indah.
Ketika pilihan tidak lagi menjadi pilihan, bukan kerana tidak ada pilihan
tetapi kerana tidak ingin melihat dan merasakan akibat



Adakah kisah yang dapat menahan
kenyataan bahawa sang hamba telah
cuba membawa diri termenung di tengah
gemuruh pilu jiwa.



Mungkin Ilahi menginginkan kita bertemu
dan mencintai orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat.
Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih
atas anugerah itu.



Hanya hati yang dapat menilai erti cinta sejati,
oleh itu dengarkanlah kata hatimu.
Cinta sejati tidak pernah berlandaskan nafsu,
kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.



Cintailah seseorang itu
atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan atas dasar siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
jika kamu benar-benar menyintainya dengan tulus.



Berfikir tentang permusuhan, maka kita akan dimusuhi,
berfikir kebencian, maka kita akan dibenci,
dan jika kita berfikir kasih, maka kita akan dikasihi.
Ini adalah hukum alam.
Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.



Cintailah kekasih dan keluargamu dengan
sepenuh hati setiap hari,
sepanjang hidupmu,
kerana engkau tidak pernah tahu
bilakah hidupmu dan hidup mereka akan berakhir.



Jangan kau luapkan amarahmu.
kerana dia adalah sebahagian dari pembelajaranmu
sebab dari dialah, dirimu dapat belajar
mengubah bencimu menjadi cinta.



Aku hanya terpaku
Aku dibuat tertegun mendengar tutur kata itu
Akupun sempat bertanya dalam hati,
"Mengubah benci menjadi cinta?
Adakah mungkin...?"




Hanya keteguhan hati,
hanya kekuatan fikiran
hanya kemahuan yang benar
dan redha Allah menyertai
yang akan menjawabnya…



Wallahu`alam.




Jagalah Hati…


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan