Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa.
Unik dan sangat berbeza dengan manusia yang lain.
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang,
Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan,
Bahkan didoakan orang yang membuat jahat padanya.
Berhadapan dengan ujian dia tenang
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur
Jadual waktunya dengan Ilahi tetap dan istiqamah
Walau di dalam keadaan susah dan senang
Bermesra dengan orang
Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya
Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan
Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya
Merendah diri adalah budaya hidupnya
Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya
Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya
Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan
Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya
Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian
Rasa kehambaan jelas kelihatan pada wajahnya
Allah selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya
Nampak sangat bahawa Allah itu adalah sandaran hidupnya
Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah
Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya
Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya
Tawakal, sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya…
Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan