Popular Posts

Ahad, 24 Julai 2011

HARGA SEBUAH IMPIAN...



Mempunyai impian atau cita-cita merupakan keinginan setiap manusia.Kejayaan dalam kerjaya dan pelajaran atau juga dalam berkeluarga. Sekarang tinggal kita sebagai pelaku atau si pemilik impian nan indah tersebut berusaha menggapainya.


Apakah impian kita sudah diraih? Pertanyaan terbesar sepanjang hidup kita. Tiada kata pasrah dalam mengejar ataupun menjemput impiannya. Tidak ada yang mengatakan bahawa untuk merealisasikan impian itu mudah. Walaupun tidak semestinya ia sentiasa dalam kesukaran. Tapi umumnya, perjalanannya berliku, berbatu dan berkerikil.


Kita mungkin sering membaca buku-buku motivasi diri. Semua memberikan petua-petua dan pelbagai pengertian untuk membuat kita termotivasi mahupun terinspirasi. Manusia memerlukan pasukan motivasi dan inspirasi yang luar biasa untuk mampu terus memperbaiki diri dalam menzahirkan impiannya.


Tidak jarang impian yang menjadi pilihan hidup kita hanya dipandang sebelah mata oleh orang-orang terdekat dengan kita seperti teman, keluarga, atau bahkan ibubapa kita sendiri. Bahkan, sangat mungkin impian kita tidak ada harganya di mata orang lain.    


Tidak jarang juga di antara kita melepaskan impiannya, kerana tidak disertai sokongan oleh orang sekeliling dalam mencapainya. Dan mungkin kita tidak memiliki semangat yang cukup untuk kuat mengalami terjahan liku hidup. Banyak hal yang membuat seseorang mundur dalam mencapai impiannya agar menjadi kenyataan, setiap orang mempunyai halangan yang berbeza.


Ingatkan selalu dalam hati bahawa, “ Hanya sekarang inilah kita dapat bertindak, dan hanya sekarang inilah kita mampu memberi makna dalam kehidupan kita.” 


Seringkali kerana kita begitu menginginkan impian ini menjadi kenyataan, kita jadi lupa pada langkah-langkah menuju impian. Kita berfikir bahawa usaha kita sudah maksimum dan lupa ada kekuatan Allah yang menentukan putaran jalan kehidupan yang akan menentukan juga bila kita akan berjayal, kita ingin impian tersebut secepatnya jadi kenyataan.


Serta merta, kita ingin menjadi produk segera. Ya kalau jadinya segera, kejatuhan juga akan segera. Umumnya begitu.




Kenyataannya adalah, semua orang yang berjaya di dunia ini memiliki perjuangan yang luar biasa dalam mewujudkannya. Tidak jarang mereka kecewa, tidak jarang mereka menangis, tidak jarang mereka merasa seperti sampah, kesepian, buntu dan putus asa. Tidak jarang kerana ideanya, mereka dianggap pelik, gila, asing dan tidak difahami oleh masyarakat atau bahkan keluarga. Tidak jarang mereka di ejek orang-orang terdekatnya dari kalangan pergaulan hingga ke keluarga, di caci maki, dipandang sebelah mata oleh orang sekitarnya. Seringkali, mereka memperjuangkan impiannya dengan mengorbankan pelbagai hal dalam kehidupannya, tidak hanya masa kecil dan wang, tetapi masa dan tenaga yang luar biasa tanpa mengenal waktu.



Di banyak saat mereka akrab dengan rasa sakit kerana kekecewaan,malahan hingga sakit secara fizikal kerana mewujudkan impian juga memerlukan banyak aspek fizikal yang luar biasa besar. Bagaimanapun juga, rasa sakit, adalah sebahagian dari pertumbuhan. Orang-orang yang berani mengikuti panggilan hati untuk mewujudkan impian, seringkali menemui dirinya diletakkan menjadi berbeza dan harus keluar dari standard dalam masyarakat, kerana mewujudkan apapun selalu ada kesan sampingan dan risiko tertentu.


Begitu banyak kejayaan orang lain yang terlihat di mata kita melalui berbagai media, namun begitu hanya sedikit yang tertuang di media tentang betapa setiap manusia yang berjaya atau manusia yang memberi erti dalam kehidupan, harus melalui proses rasa sakitnya mereka masing-masing dalam jangka waktu yang lama, dalam tentangan yang bertubi-tubi, kekecewaan yang menyayat, rasa kecewa yang mendera di setiap kali kegagalan dalam berbagai usaha menuju kejayaan. Media, tidak pernah memberi liputan prosesnya seseorang dalam dimensi waktu, jadi kita tidak merasakan lamanya perjalanan waktu dalam usaha seseorang. Media juga tidak menceritakan seratus peratus kedalaman gejolak hati dan rasa seseorang dalam mewujudkan cita-citanya.


Oleh kerana itu, berbagai cerita di media apapun tentang bagaimana seseorang yang berjaya melahirkan impian berkorban dari segi waktu, material, tenaga, mental, hati dan rasa, tidak akan kita rasakan dan hayati sepenuhnya seratus peratus. Namun, setidaknya itu cukup memberikan kita idea atau gambaran tentang apa sahaja yang di perlukan untuk menjadi manusia yang berjaya. Kenyataannya, pada saat kita jalani perjalanan untuk mewujudkan impian kita, semua tentu terasa jauh lebih berat dari apa yang kita baca, tonton atau dengar dari media. Kerana yang kita jalani itu ada sepenuhnya dimensi waktu, rasa dan hati yang utuh dan penuh. Nyata senyata-nyatanya.


Fahamilah bahawa hidup adalah mengenai proses. Dan secantik apapun impian kita, ingatlah untuk lebih banyak menumpukan perhatian terhadap langkah apa sahaja yang dapat kita kerjakan sekarang untuk mewujudkan cita-cita kita. Apa yang kita lakukan sekarang, jauh lebih penting di bandingkan terbuai dalam imaginasi terhadap masa depan nantinya. Terlalu berfikir ke masa depan terkadang membuat kita lupa untuk melakukan apa-apa saja yang mesti kita lakukan sekarang.


Hanya sekarang inilah kita dapat bertindak, dan hanya sekarang inilah kita mampu membuat erti dalam kehidupan kita. Perubahan dalam hidup hanya boleh dimulai sekarang, dan sekarang ini satu-satunya saat untuk membuat cita-cita kita tercapai.


Proses untuk mewujudkan sebuah impian, selalu ada harganya. Terimalah proses sebagai sebahagian fitrah kehidupan, walaupun ada bahagian yang menyakitkan kita sekalipun.


Bersiaplah jika kita mempunyai impian yang ingin diwujudkan menjadi nyata. Ambilah semua kesan dan akibatnya, serta dan jalanilah semua prosesnya. Semua hal dalam hidup ada harganya. Di suatu saat nanti, semua proses itu akan terbayar. Jika Allah mengizinkan...


Wallahu`alam.



Jagalah Hati...

Wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan