Popular Posts

Rabu, 6 Julai 2011

KITA ADALAH MUSLIM...


Ingatkah kita semua pada kisah yang Allah abadikan dalam Quran, iaitu kisah tentang pengkhianatan Iblis kepada Robb-nya?

Ketika ia diminta sujud kepada Nabi Adam as oleh Allah swt, Iblis berkata, ” Kenapa pula aku mesti sujud pada Adam?dia dibuat dari tanah, sedangkan aku dari api. Api lebih baik dari tanah!”


Sedangkan pada saat itu, seluruh malaikat serta jin tunduk dan sujud hormat kepada Nabi Adam as. Mereka tidak melihat bahan untuk diciptakan Nabi Adam as, namun mereka patuh dan taat kepada Allah yang memerintahkan demikian.

Itulah dia pengkhianatan terbesar makhluk kepada Robb-nya. Iblis bukan tidak kenal Allah, bukan tidak tahu syurga dan neraka, bahkan sangat tahu. Namun ego dan kesombongan membuatnya khianat pada Allah. Ia lebih memilih dan lebih redha untuk dimasukkan ke dalam neraka dan dikutuk selama-lamanya daripada sujud dan merendah diri kepada makhluk lain demi kerana Robb-nya.

Kita lihat diri kita saat ini, apa yang terjadi. Musuh-musuh Islam telah berjaya mewujudkan iblis-iblis dalam hati kita.

Kita lebih bangga menyebut “aku orang Kelantan, aku orang Terengganu, aku orang Perak, aku orang Kelantan, aku orang India, aku orang Cina” daripada menyebut “AKU ORANG ISLAM dan AKU BANGGA DENGAN ISLAM, sekalipun realitinya kita semua Islam.”

Siapakah yang mengajarkan ini semua…?

Sedangkan Sahabat Baginda saw, Salman Al Farisi ketika ia memeluk Islam, ketika para sahabat saling membanggakan suku dan bangsanya, beliau dengan bangga berkata ” ana ibnul Muslim…ana ibnul Muslim “ yang ertinya “aku anak Islam..aku Islam…”. Lalu semua sahabat menangis dan tersedar akan kesilapan yang mereka lakukan.


Musuh-musuh Islam telah berjaya menghadirkan tauhid ideologi “Devide Et Empera, Devide Et Rule”, yang kini lebih cantik dipanggil sebagai NASIONALISME. Motto mereka” pecah belah dan kuasai, pecah belah dan perbudakkan “.Mereka bekerja 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk memecah belah kita. 1001 cara mereka buat, menghadirkan isu-isu yang sangat tidak relevan dan cenderung kebudak-budakkan. Tidak sedarkah kita…? Seperti kanak-kanak berebut permainan atau pun aiskirim, sedangkan disana cita-cita yang lebih agung dan mulia menunggu kita. Dengan permainan itu, kita lupa dengan tujuan kita dihidupkan di dunia ini.


Secara tidak sedar, dengan Nasionalisme, kita sanggup berperang sesama Muslim, dengan Nasionalisme kita sanggup membunuh saudara kita se-Islam hanya kerana mereka berbeza ideologi, bangsa dan negara. Kita sanggup mengaku “akulah bangsa terbaik”. Bukankah ini tidak ubahnya seperti watak Iblis yang mengaku diri paling baik dan tidak mampu tawaduk kepada makhluk lain?

Dulu pengikut Rasulullah saw mencapai 3/4 dunia, tapi mereka tidak sebut mereka itu Cina, mereka itu Arab, mereka itu Afrika, tapi mereka disebut umat Islam.


Tidak sedarkah kita…? Kita kian hari semakin lemah, semakin diperbudak, semakin tercerai berai..Sedangkan musuh-mush Islam tertawa puas.

Mulai sekarang saya mengajak saudara-saudara seagama semua, mari kita sapa saudara-saudara Muslim kita di seluruh penjuru dunia, sampaikan dan tebarkan salam hangat dan kasih sayang, tebarkan salam kedamaian pada dunia ini.


Sampaikan pada mereka bahawa “aku, kamu dan kita semua adalah Muslim, kita punya Robb yang sama, dan Nabi yang sama, yang sama-sama kita cintai, mari kita bersatu atas nama Allah.


Sudah waktunya kita bersatu dalam kasih sayang dan kedamaian, Sudah letih kita dipermainkan sandiwara dunia oleh musuh-musuh Islam. Mari kita bersama-sama bangunkan Agama ini di atas kasih sayang…

Wallahu`alam
Jagalah Hati…

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan