Fikirkan apabila kita seorang bayi yang lahir ke alam dunia ini, maka bayi itu meninggalkan alam rahim ibu dan datang ke alam dunia yang serba baru.
Dan ketika bayi itu datang ke alam dunia ini, maka bayi itu mulai menangis. Dan bayi itu tidak berhenti menangis sehingga ibunya menenangkannya.
Seperti bayi juga, maka kita haruslah mulai menangis apabila hidayah memasuki ke dalam hati kita hinggalah munculnya “seorang ibu” yang datang menenangkan kita.
Sesuatu yang lebih besar dalam hidup kita, bukan rumah impian, bukan kereta idaman, bukan sijil atau ijazah, ataupun duit di bank, yang semuanya ini tidak akan ikut kita ke Alam Kubur dan tidak boleh memberi kita berkat di Alam Kubur.
Semua perkara ini hanya akan menjadi saksi yang menentang kita nanti di Akhirat.
Bila kita bangun esok pagi, tengoklah di cermin, dan ketahuilah bahawa kita adalah satu keajaiban yang hidup. Dan apa juga yang telah kita laksanakan selama ini semuanya adalah sebuah KEAJAIBAN.
Mungkin kita nampak pada bangsa Yahudi itu kekuatan serta kekuasaan. Padahal, sebenarnya Yahudi tidak memiliki kuasa ke atas diri kita yang hidup sebagai pembangun agama yang haq. Yahudi hanya ada pengaruh ke atas orang yang berhendakkan dunia saja, dunia ini adalah Syurga bagi mereka dan penjara bagi orang Mukmin.
Kita mesti faham bahawa bangsa Yahudi ini bekerja 24 jam, 7 hari seminggu untuk cuba menghancurkan, untuk cuba melemahkan dan untuk mencuba mencipta keraguan. Jadi tugas kita adalah untuk BEKERJA 25 JAM SEHARI, 8 HARI SEMINGGU.
Semuanya adalah MUNGKIN bagi Allah swt.
Dan cara untuk kita mendapatkan keajaiban dan segala tenaga dan kuasa itu, iaitu untuk mendapatkan tenaga 25 jam sehari dan 8 hari seminggu, ialah melalui perkataan yang BERMULA dari HURUF “T”. Ia dipanggil TAHAJJUD.
Jika kita melaksanakan solat tahajjud dan kita berzikir, maka kita akan terkejut dengan keajaiban yang akan kita perolehi. Tahajjud adalah satu bentuk solat yang paling BERKUASA yang kita boleh buat.
Kenapa Tahajjud ni begitu POWER?
Kerana untuk menjadi seorang Islam, kita hanya perlu melaksanakan solat 5 kali sehari, itu adalah yang wajib bagi diri kita selaku muslim.
Contohnya, jika kita bekerja dengan sebuah perniagaan. Syarikat itu mengatakan bahawa kita mesti masuk bekerja pada pukul 8 pagi. Dan memang semua pekerja datang pada pukul 8 pagi. Tapi bukan kita, kita datang pada pukul 7 pagi. Dan kita tinggalkan pejabat itu pada pukul 6 petang, sedangkan orang lain meninggalkan pekerjaan pada pukul 5. Kita datang pukul 7 pagi dan pulang pukul 6 petang.
Dan apabila majikan kita bertanya pada kita, “Mengapa anda berbuat demikian?” Kita kata pada dia bahawa kita sayang pada pekerjaan itu, dan kita sayang kepada majikan.
Jadi itulah sebenarnya Tahajjud.
Kita berbuat lebih dari apa yang dijangkakan pada diri kita. Sekiranya kita perlu sedikit bantuan dari majikan kita, tidakkah kita rasa bahawa dia akan senang hati untuk menolong kita? Dan sekiranya kita perlu sedikit tenaga, tidakkah kita merasakan bahawa majikan kita itu akan memberi dengan lebih lagi? Dan sekiranya kita berbuat beberapa kesilapan-kesilapan kecil, tidakkah kita terfikir bahawa majikan itu akan memaafkan kita lebih cepat lagi?
Inilah POWER TAHAJJUD. Tahajjud ini sangat BERKUASA!
Bila kita berdoa dalam tahajjud, doalah dan berselawatlah kepada Rasulullah saw, maka Baginda saw akan mendoakan kita, insya Allah.
Tahukah kita berapa hebatnya kuasa doa yang dibuat di dalam tahajjud? Jujurnya, kita tidak akan pernah dapat membayangkan betapa hebatnya kesan doa itu. Namun ada ulama yang mengatakan bahawa ia lebih hebat dari 10 juta orang bertakwa yang mendoakan kita.
Dan sebelum kita habiskan doa kita, mintalah kepada Allah swt, untuk mengabulkan doa-doa kita, dan minta jadikan doa ini SEJUTA lebih berkuasa dari apa yang kita boleh bayangkan.
Berdoalah, “Ya Allah, jadikan kami termasuk dalam pasukan yang membangunkan agama ini”.
Mohonlah lagi, “Ya Allah, jadikanlah ia SEJUTA lebih hebat dari apa yang boleh saya bayangkan”.
Jadi jika melaksanakan tahajjud, seolah-olah Allah turun sangat dekat dengan dunia ini dan DIA secara “‘sentuhan kasih sayang” melihat sessiapa jua dari hamba-Nya yang mengorbankan diri dari tidurnya untuk menyatakan betapa cintanya mereka pada Allah.
Namun ketika kita berusaha untuk melaksanakan solat tahajjud, ada pula bisikan… ”Jangan bangun…tunggu sekejap lagi…ini bukan satu kesalahan…baringlah untuk 5 minit lagi…kita boleh buat tahajjud esok…ini bukanlah dosa kalau ia kita tinggalkan…”
Dan kita tahu bisikan siapa itu, Itulah syaitan yang akan membisikkan kepada sesiapa segala yang hidup dibawah matahari ini. Dia akan cuba buat untuk kita tinggalkan tahajjud.
Tahukah kita bahawa syaitan suka berbuat begini pada orang yang hanya solat 5 kali sehari?
Dan apabila kita mulai istiqamah tahajjud, dia sebenarnya akan takut kepada kita. Kerana dia tahu bahawa kita CINTA pada ALLAH.
Bila kita mencintai Allah swt, maka Allah akan mencintai kita SEJUTA kali ganda lebih dari apa yang boleh kita bayangkan.
Dan apabila syaitan melihat Allah sangat mencintai kita, maka syaitan tidak akan buang masa untuk membisikkan hasutannya kepada kita, dia akan pergi pada orang yang dia rasa dia sanggup buat mereka tidur lagi di atas katil, yang mana bisikannya akan berkesan kepada orang itu.
Dan apabila syaitan tahu bahawa bisikannya tidak berguna pada kita ketika kita bangun untuk solat tahajjud, malah kita sangat istiqamah dalam melaksanakannya. Kita merayu-rayu dan menangis pada doa-doa yang kita panjatkan, maka syaitan tahu bahawa kerjanya itu sia-sia sahaja. Dia akan cari orang lain yang dia tahu kerja dia akan berkesan pada orang itu.
Jadi istiqamahlah, itulah kuncinya…
Dan apabila kita tidak bangun tahajjud, sebenarnya kita ini malas, dan kita tidak cintakan Allah dan kita tidak cintakan agama ini.
Kerana apabila kita cinta pada Allah swt, dan kita cinta pada Agama ini, maka kita akan berbuat lebih dari apa yang diminta daripada kita….
Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan