Popular Posts

Sabtu, 2 Julai 2011

DEMONSTRASI : BELAJAR DARI REVOLUSI MESIR...


“Revolusi” Mesir memang sudah berlalu, Mubarak pun sudah turun dari tahtanya. Namun, ada pelajaran dari peristiwa tersebut. Seorang ulama Salafi Mesir pun turut berbicara tentang revolusi itu. Bagaimana isinya…? 
Peristiwa “Revolusi 25 Januari” tidak hanya mengubah kerajaan, namun juga mengubah pandangan yang selama ini digunakan oleh komuniti Muslim yang menamakan diri mereka sebagai penganut salaf atau Salafi. "Revolusi” Mesir pada 25 Januari, memaksa majoriti orang berfikir dan meninjau kembali pemahaman yang mereka miliki, yang sebelumnya pemahaman itu tidak dapat dikritik dan diulas, lebih-lebih lagi untuk diubah," Demikian, Khalid As Syafi’i, penulis buku “Ana Wahabi Fa Kana Madza?” (Saya adalah Wahabi, Memang Kenapa?), yang juga berasal dari komuniti salafi, mengakui hal itu.
Sebab itulah, Khalid menulis untuk komunitinya sendiri, bagi menggali kembali beberapa pandangan fikh yang sebelumnya digunakan, khususnya dalam masalah hubungan antara hakim (penguasa) dengan mahkum (rakyat). Termasuk dalam persoalan ini, ialah hukum demonstrasi, pemberontakan, serta nahi mungkar terhadap penguasa.
Saat demonstrasi melawan kezaliman penguasa menyebar luas di dunia Arab, Syeikh Abdul Aziz Al As Syeikh selaku Mufti Saudi, yang juga menjadi rujukan dalam komuniti ini, telah mengeluarkan kenyataan dalam khutbah Jumaat pada 4 Februari yang ditujukan kepada para pemuda di pelbagai negara, bahawa demonstrasi dapat  menyebabkan timbulnya fitnah dan kesesatan.
Ia juga menyatakan pandangan dalam masalah fikh bahawa demonstrasi tidak disyariatkan. Mufti juga menyeru agar para pemuda menjauhi aktiviti tersebut.
Namun, pendapat mufti Saudi di atas, tidak sepenuhnya dipersetujui oleh Salafi Mesir. Masyarakat Salafi Kaherah lebih memilih turun ke jalan bergabung dengan aktivis demonstrasi lain di lapangan Tahrir. Para tokoh masyarakat seperti Syeikh Muhammad Abdul Maqsud, Syeikh Nasy’ad Ahmad, Syeikh Fauzi Sa’id, beserta ratusan muridnya turut bergabung dengan aktivis sepanjang revolusi, hingga Husni Mubarak turun dari kerusinya pada 11 Februari 2011.
Syeikh Muhammad Hasan yang juga merupakan tokoh dalam masyarakat Salafi, mengaku di Kanal Ar Arabiya, bahawa ia bergabung dengan penunjuk perasaan di lapangan Tahrir bersama anak-anaknya. Muhammad Hasan juga muncul di kanal Al Mahwar pasca tragedi “Rabu Berdarah”, dan menyatakan terang-terangan bahawa pemerintah sudah kehilangan hak perundangan.
Ia juga menyatakan bahawa penggunaan kekerasan oleh tentera terhadap penunjuk perasaan adalah hal yang dilarang syariat.
Sedangkan Syeikh Muhammad Abdil Maqsud dalam sebuah khutbah Jumaat juga mengajak jamaah untuk turut serta dalam revolusi yang ia sebut sebagai revolusi yang diberkati itu.
Namun, Salafi Iskandariah berbeza dengan Salafi Kaherah. Pada 8 Februari 2011, mereka mengadakan muktamar untuk membincangkan “revolusi” Mesir. Hasilnya, mereka akhirnya menyuarakan tuntutan secara terang-terangan kepada pemerintah agar ditamatkan undang-undang darurat dan dilakukan pembebasan tahanan yang ditangkap tanpa alasan.
Mereka juga menuntut agar penguasaan parti pemerintah Hizb Al Wathani terhadap media diakhiri. Di samping itu, mereka meminta di kuatkuasakan semula undang-undang Fasal 2, yang menyebut bahawa syariat merupakan sumber hukum dalam perundangan Mesir.
Mereka memilih tidak bergabung dengan para penunjuk perasaan, kerana alasan ikhtilath dan agar rakyat tidak dinilai sebagai radikal, dengan bergabungnya mereka dalam demonstrasi. Hal ini dijelaskan oleh Syeikh Ahmad Farid, salah seorang tokoh Salafi di wilayah pesisir tersebut, sebagaimana disebutkan dalam akhbar As Syuruq, seperti dinukilkan oleh Al Mafkarat.
Namun, bukan bererti demonstrasi dilarang secara mutlak, jika perkara yang dilarang, menurut mereka, seperti ikhtilath tidak terjadi. Sehingga Syeikh Ahmad Farid sendiri menyeru  turun ke jalanan untuk menuntut agar undang-undang Fasal 2 dikuatkuasakan, padahal sebelumnya komuniti  mereka sangat anti terhadap demonstrasi.
Untuk hal ini, Syeikh Ahmad Farid menjelaskan,”Fatwa boleh berubah, sesuai dengan tempat dan waktu. Wasilah untuk mengungkapkan pendapat sekarang sudah jelas, yakni demonstrasi. Undang-undang memperbolehkan untuk melakukannya. Hal ini bukan termasuk keluar dari ketaatan pada pemerintah”
Walau tidak setuju dengan demonstrasi yang saat itu berlangsung, kerana disertai perkara yang menurut mereka dilarang, namun masyarakat ini agak toleransi kepada mereka yang memilih untuk turun ke jalanan. Dr. Yasir Burhami yang juga tokoh Salafi Mesir menyatakan dalam kanal Al Majdi, bahawa pendapatnya yang tidak menyokong demonstrasi adalah perkara yang benar, tapi memungkinkan untuk salah, demikian juga pendapat tokoh lain yang menyokong demonstrasi. Salah tapi memungkinkan benar. Sebab itu, ia membolehkan penilaian mereka yang wafat dalam peristiwa revolusi sebagai syuhada, sesuai dengan niat mereka, demikian  disebutkan dalam taseel.com.

Menyertai Pilihanraya Juga Dianjurkan
Syeikh Muhammad Hasan selaku salah seorang jurubicara Salafi menyatakan,”Saya meminta kepada para syeikh kita untuk meninjau kembali, terhadap hal-hal yang telah diterima pada tahun-tahun sebelumnya, seperti masalah pencalonan dalam parlimen dan syura, serta (pencalonan) presiden dan pemerintahan. Saya meminta kepada para syeikh kita berkumpul dalam usaha untuk menghuraikan masalah ini, agar para pemuda kita terhindar dari fitnah dan bercerai berai.”
Syeikh Ahmad Farid, yang juga salah seorang tokoh masyarakat Salafi Iskandariyah turut menyatakan bahawa pembentukan parti politik masih merupakan kemungkinan-kemungkinan. Demikian dikutip Al Mafkarah, dari akhbar As Syuruq. Hal ini menunjukkan tekad komuniti ini untuk turut serta dalam pilihanraya.

Respon terhadap usul itu semakin besar dengan berkumpulnya para tokoh Salafi yang bergabung dalam jamaah Anshar As Sunnah Al Muhammadiyah untuk membahas hukum penglibatan dalam pilihanraya.
Akhirnya, pada 12 Mei 2011 Anshar As Sunnah Al Muhammadiyah Pusat, secara rasmi mengumumkan pandangan mereka dalam halaman rasminya, elsunna.com. Salah satu resolusi dari keputusan tersebut ialah, ”Kami tidak melihat adanya larangan syariat untuk melibatkan diri dalam berpolitik, baik di parlimen, syura, serta parlimen tempatan, kerana hal itu merupakan wasilah dakwah kepada masyarakat umum.”

Demikian juga, mereka menyarankan agar para pendakwah tidak mencalonkan diri, hingga menyebabkan aktiviti dakwah terganggu. Disamping itu, himbauan ditujukan kepada umat Islam agar dalam pilihanraya penentuan presiden, mereka memilih calon yang paling memiliki perhatian kepada urusan umat Islam.

Keputusan ini hasil dari musyawarah Ahli Syura jamaah tersebut, di antaranya adalah Dr. Abdullah Syakir, Syeikh Muhammad Husein Ya’kub, Syeikh Muhammad Hasan, Dr. Jamal Al Murakibi, Syeikh Mustafa Al Adawi, Syeikh Abu Bakar Al Hanbali, Syeikh Wahid Abdussalam Bali, serta Syeikh Jamal Abdurrahman.


Salafi Jordan, Bahrain Dan Kuwait

Sebenarnya, pendapat bolehnya mengikuti pilihanraya secara demokrasi ini bukan sahaja pandangan sejumlah tokoh Salafi Mesir pasca revolusi saja. Sebelumnya beberapa tokoh Salafi di luar Mesir juga telah mengeluarkan pendapat yang menyokong pilihanraya. Dua tokoh Salafi Jordan yang saat ini masih dijadikan rujukan sebahagian masyarakat muslim Nusantara, iaitu Syeikh Ali Al Halabi dan Syeikh Masyhur Hasan Ali Salman telah menyatakan bahawa penglibatan dalam pilihanraya merupakan hal yang dibolehkan, sebagaimana dilaporkan oleh Al Jazeera.

“Sesungguhnya Salafiyin tidak menyokong pencalonan untuk pilihnaraya, namun mereka memandang bahwa memilih siapa yang lebih utama dan lebih baik serta paling banyak positifnya dan paling minimum negatifnya untuk kepentingan umum adalah hal yang diperbolehkan.” Kata Syeikh Ali Hasan kepada Al Jazeera.

Menurut Syeikh Al Halabi lagi, “Syeikh Al Albani juga memiliki pendapat membolehkan penglibatan dalam pilihanraya, di saat itu beberapa muridnya berselisih pendapat, tetapi tetap menggunakan adab. Hari ini, sebagai kesan dari perkembangan pemikiran dan memandang sebagai maslahat umum, kami kembali kepada pendapat Syeikh Al Albani, tentang bolehnya mengikuti pilihanraya”

Demikian pula Syeikh Masyhur Hasan Ali Salman menyatakan, “Pemerintah telah meminta kepada kalian untuk mengikuti pilihanraya, dan hal itu bukanlah keharaman. Janganlah kalian melakukan pemboikotan. Pemboikotan bukanlah ibadah. Adalah orang yang salah jika ia berfikir melakukan ibadah kepada Allah dengan melakukan pemboikotan”
Namun, perubahan pendapat beberapa tokoh Salafi Mesir dan Jordan masih dikira terlambat, dibandingkan dengan saudara-saudara mereka di Kuwait dan Bahrain. Di Kuwait, At Tajammu’ As Islami As Salafi telah menyertai parlimen. Sebelumnya, tahun 1981 komuniti Salafi yang saat itu diwakili Ihya’ At Turats memboikot pilihanraya, namun setelah itu mereka turut bertanding pilihanraya parlimen.

Walau dalam laman web rasminya ( alislami.org), Khalid Sulthan, salah seorang anggota parlimen dari At Tajammu` menyatakan bahawa organisasi itu bukan sayap politik Ihya At Turats. Namun, menurutnya, kedua-duanya adalah Salafi yang tidak bertentangan satu sama lain.

Sedangkan di Bahrain, masyarakat Salafi juga sudah turut serta dalam parlimen. Di bawah komando Syeikh Adil Al Mua’wwidah, pada 6 Mei 2002, didirikanlah Al Ashalah Al Islamiyah, organisasi politik yang pada pilihanraya tahun 2010 lalu berjaya memperolehi 4 kerusi. .

Sikap Salafi Al Jazair Dan Mereka  Yang Tidak Setuju
Berbeza dengan Mesir, Kuwait, Bahrain dan Jordan, seorang tokoh Salafi yang berpengaruh di Aljazair mengeluarkan fatwa setebal 48 muka surat tentang demokrasi.

"Sepanjang pemimpin negara adalah seorang Muslim, kalian harus mematuhi dan mendengarkannya. Orang yang menentangnya hanya mencari peluang untuk menggantikan posisinya, dan hal itu tidak dibenarkan," demikian antara lain bunyi fatwa Syeikh Abdul Malik Ramdani yang kini tinggal di Arab Saudi.

Saat melakukan tunjuk perasaan, kata Syeikh Ramdani, lelaki dan wanita bercampur baur dan keadaan seperti itu dilarang menurut ajaran Islam.

Syeikh Ramdani yang khabarnya memiliki ratusan ribu pengikut, berpindah ke Arab Saudi setelah mendapat ancaman dari kelompok lain. Negerinya Aljazair digoncang gelombang protes sejak bulan Januari, akibat melonjaknya harga-harga bahan keperluan asasi.

"Tunjuk perasaan adalah sebuah alat yang diciptakan sistem demokrasi yang bertentangan dengan Islam," katanya, sebagaimana dikutip Gulf News dari Reuters.

“Dalam menghadapi pemimpin Muslim yang tidak disukai, umat sebaiknya berdoa dan bersabar serta tidak melakukan pemberontakan”, ujarnya.
Di Mesir pun, tidak semua tokoh ulama Salafi bersetuju dalam demonstrasi jalanan dan menasihati penguasa secara terang-terangan seperti yang dilakukan oleh para tokoh, baik dari Kaherah, mahupun Iskandariah.
Di antara mereka adalah Syeikh Mustafa Al Adawi, Syeikh Mahmud Al Mishri, serta Syeikh Muhammad Husein Yaakub. Mahmud Al Mishri sendiri sempat menyeru para penunjuk perasaan untuk meninggalkan lapangan Tahrir.
Sedangkan tokoh yang belum menunjukkan sikap pro atau kontra adalah Syeikh Abu Ishaq Al Huwayyini. Sehingga kini, belum diketahui sikapnya mengenai “revolusi” Mesir.
Kesimpulannya, peristiwa “revolusi Mesir” di samping menjelaskan “peta” komuniti Salafi dalam isu revolusi, ia juga menjelaskan adanya perubahan pendapat dalam masalah hubungan rakyat dan penguasa. Kini terlihat,  para tokoh Salafi ada yang memandang bahawa demonstrasi dan mengkritik pemerintah terang-terangan dibolehkan, tentulah dengan syarat-syaratnya.
Lalu bagaimanakah dengan kaum Salafi di Malaysia…? Apakah akan juga mengharuskan demonstrasi jalanan, revolusi, dan pilihanraya secara demokrasi…? 
Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan