Ilahi… telah sering aku mendengar tentang kebesaran bulan Ramadhan
Di dalam Al- Quran dan sabda Junjungan, hanya aku yang sering melupakannya.
Di bulan yang mulia ini, laut pengampunan Mu tiada bertepi
Rahmat dan nikmat Mu tiada ternilai
Syurga terbuka dengan seluasnya
Ilahi… aku sedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqamah dalam beribadah
Ramadhan berlalu ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang selalu lalai
Semoga di Ramadhan kali ini
Dapat aku perbaiki kelemahan diri
Akan aku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadap Mu
Lailatul Qadar pasti menjelma
Buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua
Bimbinglah aku menuju jalan Mu
Tingkatkan iman dan takwaku
Agar baktiku tetap pada Mu
Biarpun Ramadhan telah berlalu.
Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan beramal ibadah dan bersungguh-sungguh mengusahakan cinta dan takutkan Allah kerana Ramadhan datang setahun sekali, muliakanlah ia,
Syurga rindu orang yang memuliakannya…
Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan