Popular Posts

Rabu, 10 Ogos 2011

TENTANG CINTA...


Di sini bermula…

tentang cinta…
apakah itu cinta..?
indahkah ia…?
maniskah ia…?
Membahagiakankah ia…?
Kalau “ya”…
Bagaimana pula mendapatkannya…?
Bagaimana ingin ku rasai…
Indah, manis dan bahagianya cinta…?
Di mana harus ku cari cinta…?
Di mana dapat ku temui cinta…?
Jika aku sudah mendapatkannya…
Adakah aku akan merasai nikmat cinta itu
secara percuma saja…?
Atau aku harus korbankan sesuatu untuk cinta…
Atau aku sendiri harus terkorban kerananya…
Berbaloikah pengorbananku
demi suatu yang bernama cinta…?
Bila aku telah mencintai sepenuh hati…
Akankah aku merasai yang sama…?
Dicintai sepenuh hati dan jiwa…
Mampukah aku untuk menjadi pencinta yang setia…?
Layakkah aku untuk dicintai oleh yang tercinta…?
Sebuah kisah tentang cinta…
Tidak akan cukup laut untuk jadi tintanya
Tidak akan cukup kurun untuk menceritakannya.
Adakah cukup nafasku untuk menemui cinta
yang dapat membuat ku tenang… bahagia… asyik…
tanpa perlu derita… dan kecewa
lalu,
di sini…aku harus bermula.

Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan