Popular Posts

Rabu, 10 Ogos 2011

BUAT PARA PEMBURU CINTA...



aku berbicara bahasa cinta
lain hati lain makna
lain jiwa lain rasa

hati yang cuma ada satu
sedangkan terlalu banyak cinta diburu.


aku tahu…
hanya satu cinta yang sejati
lalu mengapa aku masih begini
mengharap yang telah pergi…


aku sedar cinta manusia hanya ilusi
bahagia di mata
merana di hati


namun...
mengapa puas ku cuba
menagih cinta yang ESA
cinta manusia jua yang terus ku damba…?


Wallahu`alam.

 Jagalah Hati…

Wassalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan