Popular Posts

Khamis, 4 Ogos 2011

SURAT CINTA DARI ILAHI...



Marilah kepada Ku hamba-hamba Ku

Bersegeralah pulang ke pangkuan Ku

Segeralah bertaubat…!

Aku tetap menerimamu, percayalah,

Aku tahu kamu hamba-hamba Ku…ciptaan Ku



Kamu adalah lemah

Kelalaian dan kealpaan adalah watak mu

Aku mahu kau akui kelemahan itu.

Setiap kali bersalah kamu datang kepada Ku

Kemudian mengakulah bersalah

Menangislah di depan Ku

Tanda penyesalan yang tidak sudah

Jika engkau lakukan lagi tanpa nawaitu

Menyesallah, merintihlah, menangislah



Ketahuilah wahai hamba-hamba Ku

Rintihan orang yang berdosa

Lebih aku cintai daripada tasbih para wali

Wahai hamba-hamba Ku

jangan bertangguh-tangguh lagi

Siapakah yang tidak bersalah, kamu adalah hamba

Tapi Aku suka orang yang mengaku salah

Aku cinta kepada orang yang bertaubat

Minta ampunlah kepada Ku

wahai hamba-hamba Ku

Janganlah bertangguh-tangguh lagi

Aku tetap menerima Mu



Bukankah Aku Robb mu

Kasih Ku kepada hamba-hamba Ku

Lebih dari seorang ibu yang kasih

kepada anak-anaknya

Begitulah kehendak Allah

kepada hamba-hamba-Nya

Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah.



JAGALAH HATI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan