Popular Posts

Sabtu, 20 Ogos 2011

DOA PAGI INI...



Ya Robb yang Maha Agung
Raja yang Maha Pelindung
Pemilik segala yang ada
Penjaga semua jiwa
Penggengam setiap nyawa
Duhai yang Maha Kuasa
Leburkan semua dosa
Berkati sepanjang usia
Berikan kami nantinya
Kenikmatan syurga
Aamin.


Ya Robb
Dalam lisan yang kelu
Bersama malam membisu
Berhambur jutaan zikir
Dalam senandung kepasrahan
Dalam balada keteguhan
Menyanjung asma Kasih Mu
Luruh diri dalam marifat Mu
Dalam fana
Dalam harap


Ya Robb
Dalam rabun tatapku
Betapa jelas kelihatan
Beragam khilaf
Banyak sekali silap
Cuma pada Mu berharap
Leburkan bersama titis embun
Hancurkan dalam sesal sejati
Dalam gemuruh esak tangis malam hari


Ya Robb
Dalam gundah sedarku
Ku sesali kelemahan ini
Kerana tidak mampu ku lampaui
Benteng teguh itu
Dalam tekanan hidup di pundakku
Dalam berat kaki yang menjerat-jerat
Dalam kabut gelap angkara
Aku terhimpit tersepit
Hanya pasrah
Ku biarkan terbawa arus
Bersama batu-batu
Bersama rintih jiwaku


Ya Robb
Jangan biarkan kami tertipu
Dalam taman bunga nan wangi
Dengan amal-amal kami sendiri
Beri kesedaran kami
Memahami keikhlasan
Tanpa kepura-puraan
Tanpa kata-kata
Tanpa bunga
Tanpa aroma


Ya Robb
Tumbuh kuatkan keyakinan ini
Bahawa hanya Engkau saja yang Maha Tahu
Atas semua yang terlihat
Atas semua yang tertutup
Atas segala yang samar
Atas segala yang jelas
Dalam ucapan
Dalam perbuatan
Dalam diam
Dalam kepasrahan
Hanya pada-Mu ya Robb


Ya Robb
Tiada kuasa kecuali kuasa Mu
Tiada keagungan kecuali izzah Mu
Apa yang kuat tiada erti di sisi Mu
Apa yang lemah menjadi kuat bersama Mu
Apa yang diperolehi adalah rezeki Mu
Apa yang lepas tetap dalam genggaman Mu
Semua milik Mu
Semua kembali pada Mu


Ya Robb
Jagalah segala ikhlas
Terimalah segala kerja keras
Bersama ria yang memburu
Bersama ego yang menipu
Terimalah Ya Robb
Apa yang layak dari sedikit saja
Beri kesempatan hamba ini
Mencicip asyik kasih Mu


Ya Robb
Lapangkan dada untuk selangit maaf
Agar marah tidak membakar saraf
Sembuhkan segala macam sakit
Agar hati tidak mudah terjangkit
Bersihkan semua luka-luka
Agar nyaman diri merasa
Mudahkan ya Robb
Agar hilang segala dendam
Agar hati putih kembali
Tanpa noda
Tanpa luka


Ya Robb
Dalam gundah hati
Bersama dingin embun malam
Ku pinta segala harap
Kerana cawan hati tidak lagi tersisa
Sudah meluap terisi cinta
Cinta segala cinta
Cinta bertaut rindu
Untuk bersua dengan Mu
amin...



Jagalah Hati...

wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan