Ketika orang ramai berbicara bahawa damai itu indah, jujur itu pahit, dan dusta itu hina. Kenapa…?
Lihatlah, perhatikanlah! Simbol-simbol yang melambangkan kedamaian kini hanyalah sebatas slogan yang usang terbakar terik matahari. Indahnya sebuah kedamaian, hanyalah buah bicara di bibir semata-mata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kedamaian hanyalah istilah dalam sebuah persaingan dengan alasan diatas janji-janji yang tidak jelas.
Bukti nyata kedamaian telah ternoda ialah sebahagian orang menginginkan kedamaian, sementara mereka yang berkuasa menciptakan keriuhan yang berhujung pada rosaknya nilai persaudaraan. “Damai Itu Indah” ini hanyalah simbol sebuah slogan usang yang tidak lagi berharga. Siapa yang menghendaki kedamaian, anak kecil, rakyat jelata, ahli korporat, atau mereka yang duduk dipuncak tertinggi negara ini…?
Benarkah damai itu indah..? Jika benar, mengapa sebahagian besar dari kita berperang dan menjatuhkan saudaranya sendiri. Ironis….
Jujur itu pahit…Itukah istilah bagi mereka yang berjuang mempertahankan kebenaran? Itukah ungakapan buat mereka yang bertaruh mati-matian demi mengungkapkan kebenaran…?
Kebanyakan memang seperti itu, mereka yang menetapkan bahawa yang benar itu benar, disiksa, dihukum dan malahan difitnah, inikah keadilan? Bukankah keadilan itu buah dari kejujuran? Allah Maha Tahu apa yang dilakukan manusia.
Dusta itu hina. Inilah ironisnya isi dunia ini. Semakin luas ilmu yang diperolehi, semakin jauh pengetahuan yang dimiliki, semakin ramai orang yang terjebak dalam dusta. Istilah orang terdahulu mungkin benar, “Tidak belajar akan dibohongi, tapi jika belajar dapat pula membohongi”. Dusta, sebuah kata kotor dan hina, yang dapat merosak moral anak bangsa. Namun, begitu banyak yang bangga dengan kata ini, dan ironisnya, mengamalkannya seiring perkembangan teknologi. Adakah kesedaran di antara kita, bahawa dusta akan membawa kita kepada malapetaka? Adakah di antara kita mengetahui bahawa diri kitalah yang rugi hanya kerana melakukan pendustaan…
Subhanallah, Allah Akbar. Semoga Allah melindungi agama ini dan menjaga kaum muslimin di negara ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang menegakkan keadilan. Amiinn…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan