Popular Posts

Khamis, 11 Ogos 2011

RAMADHAN DUA ZAMAN...



Ramadhan dua zaman...
Satu nasib tidak serupa
Peluangnya sama tapi hasilnya berbeza



Ramadhan mereka (generasi Salafussoleh) gemilang cemerlang
Mereka adalah Mukmin berjasa di awal zaman

Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan Ramadhan
Kami gembira dengan kepergian Ramadhan



Malam mereka meriah disimbah nur Al Quran
Tapi malam kami muram bergabung dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu



Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan

Takbir kami lesu tidak bermaya
Tanda kalah lemah tidak berdaya
Puasa sekadar lapar dahaga...

Jagalah Hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan