Popular Posts

Selasa, 18 Jun 2013

BIARLAH RAHSIA...





Biarlah rahsia amal itu menjadi kekuatan cinta antara hamba dan Robb-nya...



dalil sunnah yang menunjukkan bukti-bukti cinta seorang hamba kepada Allah ialah sabda Rasulullah saw...


”Ada tiga orang lelaki yang dicintai Allah Taala, iaitu seseorang yang mendatangi suatu kaum lalu ia meminta sesuatu kepada mereka, dia tidak meminta kerana hubungan kekerabatan diantara mereka. Namun mereka tidak memberinya kemudian setelah mereka berpaling daripada lelaki itu, tinggallah seorang lelaki daripada kalangan mereka lalu dia pun memberinya dengan diam-diam tanpa ada seorang pun yang mengetahui pemberiannya melainkan Allah Taala dan orang yang menerima.



Dan suatu kaum yang mengadakan perjalanan pada malam hari manakala tidur lebih mereka sukai daripada apa yang dilakukan salah seorang daripada mereka, kemudian mereka berehat dan meletakkan kepala mereka dengan tidur yang lelap. Lalu lelaki itu bangkit kepada Ku seraya membaca kalam Ku.



Dan seorang lelaki yang berada di dalam sebuah pasukan lalu mereka bertemu musuh, namun mereka kalah tetapi lelaki itu tetap maju hingga akhirnya mati atau beroleh kemenangan.” (Al-Nasai)




Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan