Popular Posts

Sabtu, 15 Jun 2013

AIRMATA LELAKI...





Airmata seorang lelaki...
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.



Airmata seorang lelaki...
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.



Airmata seorang lelaki...
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.



Airmata seorang lelaki...
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.



Airmata seorang lelaki...
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah swt,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu memadamkan api neraka kelak...




Wallahu`alam



Jagalah Hati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan