Wahai sang suami.... Apakah membebankan dirimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isteri dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!
Apakah membebankan dirimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!!
Apakah menyusahkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mengucup pipinya serta bercumbu di saat anda menghampiri dirinya?!!
Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut sang isteri, agar anda mendapat pahala?!!
Apakah termasuk hal yang susah, jika anda masuk ke rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap : Assalamu`alaikum Warahmatullah Wabarakatuh agar anda meraih 30 kebaikan?!!
Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!!
Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!
Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah, “Duhai kekasihku, semenjak Kanda berpisah dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun.”
Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan bersama dengannya, maka anda mendapat pahala dari Allah, kerana Rasulullah saw bersabda, “Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah”
Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata, “Ya. Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya”
Ucapan baik adalah sedekah.
Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
Berhubungan badan mendapatkan pahala.
Moga sama-sama meraih manfaat...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan