Wahai sang isteri.... Apakah akan membahayakan dirimu, jika anda menemui suamimu dengan wajah yang berseri, dihiasi senyum yang manis di saat dia masuk rumah?
Apakah memberatkanmu, apabila anda menghapus debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengucup pipinya.?!!
Apakah anda akan merasa sukar, jika anda menunggu sejenak di saat dia memasuki rumah, dan tetap berdiri sehingga dia duduk.!!!
Mungkin tidak akan menyulitkanmu, jika anda berkata kepada suami, “Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, kami sangat rindu kedatanganmu, selamat datang kekasihku.”
Berhiaslah untuk suamimu dan harapkanlah pahala dari Allah di waktu anda berhias itu. Sesungguhnya Allah itu Indah dan mencintai keindahan. Pakailah pewangi serta pakailah busana yang paling indah untuk menyambut suamimu.
Jauhilah berwajah masam dan menarik muncung.
Janganlah anda mendengar dan menghiraukan perosak dan pengacau yang akan merosak serta mengacau keharmonianmu dengan suami.
Janganlah selalu kelihatan sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah.
Janganlah berbicara terhadap lelaki lain dengan lemah-lembut, sehingga menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan membayangkan hal-hal yang jelik terhadap dirimu.
Selalulah berada dalam keadaan lapang dada, tenteram hati dan ingat kepada Allah setiap saat.
Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya.
Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapanya.
Didiklah anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah, kerana surat itu banyak manfaatnya.
Hilangkanlah dari rumahmu gambar-gambar, alat-alat muzik dan alat-alat yang boleh memudaratkan agama.
Bangunkanlah suamimu untuk melaksanakan solat malam, doronglah dia untuk melakukan puasa sunat, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan jangan anda menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan saudara kerabatnya.
Perbanyaklah beristighfar untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Berdoalah kepada Allah, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya Robb mu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang merenget-renget dalam meminta. Allah berfirman, “Dan Robb mu berkata, “Serulah Aku, nescaya Aku penuhi doamu (Al-Ghafir: 60).
Moga bermanfaat.
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan