Orang yang tinggal di dalam masyarakat yang bodoh terus-menerus membuat perancangan masa depan dan berharap agar rencana-rencana itu berjalan sesuai dengan keinginannya. Akan tetapi,yang terjadi adalah sebaliknya. Penyakit yang tidak diharapkan datang atau kemalangan serius melemparkan hidupnya ke dalam kehancuran kerana kejadian-kejadian tersebut tidak termasuk dalam rencana masa depannya.
Saat menikmati kesihatan, ramai orang tidak pernah berfikir bahawa kesakitan akan menghuni tubuhnya juga, walau sering terjadi pada ribuan orang lain setiap harinya.
Itulah sebabnya,saat berhadapan dengan kejadian-kejadian yang tidak diharapkan, orang yang bodoh dengan segera menjadi kurang bersyukur terhadap Pencipta mereka. Mereka menolak kenyataan takdir seraya mengatakan, “Mengapa ini terjadi pada diriku?” Orang yang jauh dari akhlak Al-Quran cenderung enggan menyerahkan kepercayaan kepada Allah saat mereka sakit atau tertimpa kecelakaan, atau mencari kebaikan dalam peristiwa yang menimpa mereka.Beberapa orang yang tidak mengerti realiti takdir menganggap bahawa penyebab pernyakit hanyalah virus atau kuman.
Demikian pula saat kecelakaan lalu lintas, mereka menganggap pemandunyalah yang menyebabkan kecelakaan tersebut. Bagaimanapun,yang benar adalah sebaliknya. Setiap penyebab penyakit, seperti virus ataupun bakteria yang membahayakan manusia, semua itu sebenarnya adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah untuk tujuan-tujuan tertentu. Tidak ada satu pun dari mereka yang dibuat secara sia-sia. Mereka semua bertindak di bawah perintah Allah. Manusia mudah diserang virus kerana Allah menginginkannya demikian.
Jika seorang manusia menderita sakit kronik kerana serangan virus, hal itu terjadi dalam pengetahuan Allah. Jika sebuah kereta melanggar seseorang dan membuat orang tersebut cacat, kejadian ini juga merupakan peristiwa yang terjadi atas izin Allah. Tida kiralah dengan cara apa pun kita cuba untuk menghindari, kita tidak akan pernah dapat mengubah kejadian tersebut, malah bahagian terkecilnya sekalipun. Kita tidak dapat memindahkan bahagian terkecil dari gugusan takdir kita kerana takdir diciptakan dalam kesatuan. Bagi seseorang yang menyerahkan dirinya kepada Allah yang Maha Kuasa dan mereka yang percaya kepada kebijaksanaan dan kasih-Nya yang tidak terbatas, kecelakaan, penyakit, atau kesengsaraan, semuanya adalah cubaan sementara yang memimpin kepada kebahagiaan tertinggi.
Dalam situasi demikian, yang penting adalah kualiti moral yang baik, yang melekat dalam diri seseorang. Penyakit dan kecelakaan adalah peristiwa yang boleh dijadikan kesempatan bagi orang-orang beriman untuk menunjukkan kesabaran dan akhlak yang baik. Mereka mendekatkan diri kepada Allah. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman tentang penyakit yang dihubungkan dengan pentingnya kesabaran melalui saat-saat demikian.
“Sesungguhnya kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (QS 2: 177)

Seperti yang telah disebutkan di awal tadi, kenyataan bahawa di dalam ayat ini, penyakit juga termasuk dalam kesengsaraan kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu. Seseorang yang dihadapkan pada dilema fizikal atau tertimpa kecelakaan, kita harus ingat bahawa semua itu adalah cubaan untuk kita walaupun kita tidak dapat segera menemui hikmah mengapa diri kita tertimpa musibah itu. Kita harus ingat bahawa hanya Allah jualah yang memberikan penyakit dan ubatnya. Ini sangat penting untuk memelihara sikap akhlak yang tepat. Mungkin kita harus melalui kesulitan sementara sebagai seorang hamba yang memiliki kepasrahan penuh kepada Robb-nya. Di Akhirat nanti, kita akan dibalas dengan kebahagiaan yang abadi, insya Allah.
Kita semua perlu ingat bahawa bagaimanapun juga, penting bagi kita untuk mengingat hal ini, juga untuk memelihara akhlak terpuji di saat berhadapan dengan kejadian serupa. Hingga saat ini, kita perlu mengetahui bahawa semua penyakit diciptakan dengan maksud-maksud tertentu. Jika Allah menghendaki, seseorang mungkin tidak akan pernah sakit atau menderita. Akan tetapi, jika seseorang diberi ujian, ia harus sedar bahawa semua itu memiliki maksud. Semua itu membantunya untuk memahami kesementaraan dunia ini dan kekuasaan Allah yang luar biasa. Ketahuilah bahawa penderitaan berupa sakit yang diterima dengan ikhlas dan sabar merupakan rahmat dari Allah kerana dengan sebab penyakit itu Allah Azza wa Jalla menaikkan darjat kita serta menghapuskan dosa-dosa kita, insya Allah.
Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan Allah Ta’ala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” Dalam hadis lain, Baginda saw bersabda, “Tidak seorang jua pun orang muslim yang tertusuk duri atau lebih dari itu, melainkan dinaikkan Allah Ta’ala darjatnya satu tingkat, dan di hapus daripadanya satu kesalahan (dosa).” (Shahih Muslim)
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah ra, keduanya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang mukmin, seperti: sakit biasa, kesusahan, sakit serius, kesedihan dan kebimbangan, melainkan Allah Ta’ala menghapus dosa-dosanya kerananya.” Dalam hadis lain, Baginda saw bersabda: “Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya dapur tukang besi membersihkan karat-karat pada besi.” (Shahih Muslim)
Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Allah Azza wa Jalla. Selawat dan salam semoga tercurah kepada Junjungan kita, Nabi Muhammad saw.beserta keluarga dan sahabatnya.
Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan