Perhatikanlah bagaimana para mujahid sebelum kita berjuang dan menanggung derita. Lalu kita yang datang setelah mereka, apa yang telah kita perbuat…?
Sedangkan mereka, baik yang terdahulu mahu pun yang datang kemudian, telah menjual harta mereka untuk Allah, menjual diri mereka untuk Allah swt.
Perhatikanlah Syadatina Khadijah binti Khuwailid ra, tanyakan kepadanya apa yang telah beliau perbuat? Apa yang telah beliau lakukan? Rasulullah saw, pemimpin alam ini, berkata, “Ia beriman kepadaku disaat orang-orang ingkar. Ia membenarkanku disaat mereka mendustakanku. Dan ia menebusku dengan diri dan hartanya”. Semoga Allah swt meredhainya. Kerana inilah, beliau mendapat salam dari Allah swt.
Kemudian Syadina Abu Bakar As-Shidiq. Beliau memiliki 9 kedai di Kota Makkah. Kedai-kedai itu satu demi satu di tutup kerana besarnya infaq yang beliau keluarkan di jalan Allah swt. Pada saat hijrah, ketika kenderaan telah siap, beliau sudah tidak memiliki apa-apa lagi. Beliau menggunakan duri pohon kurma untuk menjahit bajunya yang usang, kerana tidak memiliki jarum. Sebuah jarum pun beliau tidak miliki !!
Sedangkan sebelum kedatangan Islam,kemahsyuran akan kekayaannya Syadina Abu Bakar As-Shidiq tidak terungkap. Menitislah airmata Rasulullah saw melihat sahabat agung Baginda saw yang berjalan mengenakan pakaian usang yang baru dijahitnya.
Beberapa hari sebelum kewafatan, Rasulullah saw berkata, “Sesungguhnya orang yang paling aku percaya harta dan dirinya adalah Abu Bakar. Andaikata aku hendak menjadikan seseorang dari umatku sebagai teman dekat, tentulah aku akan memilih Abu Bakar” (Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Semoga Allah meredhai mereka semua. Lalu bagaimana kebiadaban cercaan sebahagian pemuka syiah ke atas susuk tubuh para sahabat dapat diterima akal yang mengaku waras?
Kemudian Syadina Ali bin Abu Talib kw. Perhatikanlah bagaimana beliau mempertaruhkan nyawanya dengan tidur di tempat tidur Rasulullah saw ketika Rasul hendak berhijrah. Bagaimana beliau menunaikan titipan dan amanah, menghunus pedang di jalan Allah swt, mencurahkan segala kemampuan untuk menolong agama Allah. Sehubungan dengan Syadina Ali kw ini, Rasulullah saw pernah bersabda, “Esok akan aku serahkan bendera Islam kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya”. Bagaimana agung kecintaan ini.
Perhatikanlah pula Syadina Hasan yang gugur kerana diracun. Perhatikanlah Syadina Husin yang tubuhnya terpisah menjadi dua. Meskipun demikian, mereka tidak akan menyesal di Akhirat nanti. Mengapa?. Kerana mereka telah menempuh jalan Rasulullah saw dan meneladani Baginda saw.
Bagaimana dengan kita wahai saudaraku? Roh kita tidak lebih mahal dari Roh Al-Husein! Tidak lebih mahal dari roh Hasan bin Ali! Tidak pula lebih mahal dari roh Ali bin Abu Talib kw. Lalu mengapa kita tidak merenungkan hal ini? Mengapa kita tidak bersikap sidiq?. Mengapa kita tidak bertawajjuh dan menghadapkan hati kepada Allah swt? Bukankah kita ingin melihat wajah mereka di Hari Kiamat nanti? Masuk bersama mereka? Kerana itu, ikutilah mereka, teladanilah mereka. Sesungguhnya tempat yang paling menyenangkan adalah tempat di mana mereka berada.
Adakah kita ingin berada dekat dengan mereka? Menemani mereka? Melihat mereka? Perhatikanlah niat kita, tujuan kita dan keikhlasan kita. Semua pintu telah terbuka untuk kita, namun mengapa kita enggan memasukinya? Masuklah bersama mereka yang masuk. Raihlah kejayaan bersama mereka yang berjaya. Hari ini adalah hari yang penuh dengan kurniaan. Hari diampuni-Nya segala dosa. Hari untuk menghadap kepada Allah swt. Hari untuk bertawajjuh kepada-Nya.
Setelah mereka, datanglah orang-orang yang selalu bermujahadah (nekad berjuang). Al-Muhajir Ahmad bin Isa datang dan berjuang, bahkan menginfakkan jutaan wang di jalan Allah dan berusaha mengembalikan umat manusia ke jalan Muhammad bin Abdullah. Al-Faqih Al-Muqaddam datang dan berjuang. Kemudian datang Habib Abdurrahman bin Muhammad Assegaf, Abu Bakar As-Sakron, Umar Al-Muhdhor dan Al-idrus, iaitu mereka yang selalu memerangi hawa nafsu. Berkata Al-idrus, “Setelah ku capai puncak kesulitan dalam memerangi nafsu, ku raih semua cita-citaku”.
Allah swt berfirman, “Adapun orang-orang yang berjuang di jalan Kami, Kami pasti akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami” (QS 29:69).
Lalu kemanakah perginya ilmu tersebut dari keluarga kita?. Ketahuilah, ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang tersimpan di hati para leluhur dan salafussolleh sekalian! Ilmu yang mereka milikilah yang akan menjadikan kita mulia, di dunia dan di akhirat. Lalu dimanakah letak ilmu tersebut dalam keluarga kita, anak perempuan dan isteri-isteri kita…?
Wallahu’alam
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan