Anak-anak yatim perlu mendapatkan kasih sayang dan kepedulian. Mengabaikan kepedulian terhadap mereka termasuk golongan orang-orang yang mendustakan agama. Allah swt berfirman, ”Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (QS 107:1-3).
Menurut ayat ini, ada dua hal yang menyebabkan seseorang tergolong “pendusta agama”, iaitu mengherdik anak yatim dan tidak mahu menganjurkan memberi makan kepada orang miskin. Mengapa dikatakan pendusta agama? Kerana anak yatim memiliki status yang sangat mulia dalam Islam yang bersangkutan dengan keperibadian Rasulullah saw itu sendiri. Rasulullah saw dilahirkan dalam keadaan yatim, dan ketika ibundanya meninggal juga Baginda saw masih dalam keadaan anak yatim. Saat Baginda saw dalam keadaan yatim, tidak ada seorang pun peduli terhadap Baginda saw, kecuali keluarganya sendiri. Perlakuan meremehkan anak yatim dan tidak adanya kepedulian kepada fakir miskin merupakan sebab utama manusia tergolong sebagai pendusta agama. Baginda Muhammad saw diutus menjadi rasul, yang salah satu syariatnya adalah mewajibkan kepedulian terhadap anak yatim.
Menjalin hubungan antara ahli keluarga yang harmoni tidak lepas dari kepedulian terhadap anak yatim dan fakir miskin. Kepedulian dalam erti adanya kemahuan untuk mengurus mereka, dan berlaku baik terhadap mereka. Dari sana akan muncul nilai-nilai positif bagi keluarga yang peduli terhadap mereka berupa keharmonian, ketenangan, dan keberkatan dalam keluarga. Rasulullah saw bersabda, ”Sebaik-baik rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dengan baik. Dan sejelek-jelek rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang tidak diasuh dengan baik.”
Rasulullah saw menilai bahawa rumah yang paling baik adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh dengan baik. Sebaliknya, seburuk-buruk rumah adalah jika ada anak yatim di rumah tersebut, akan tetapi tidak diasuh dengan baik. Rasulullah saw menjelaskan bahawa di syurga nanti, rumah yang digunakan mengasuh anak yatim dengan baik disebut “Rumah Kesenangan” kerana mereka memberikan kesenangan kepada anak yatim sewaktu di dunia. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat rumah yang disebut “Rumah Kesenangan”. Tidak ada yang dapat memasukinya, kecuali orang yang menyenangkan anak-anak yatim mukmin.” Hadis ini menjelaskan bahawa Allah swt memberikan ganjaran yang paling berharga berupa “Rumah Kesenangan” di syurga. Ini merupakan puncak keberkatan bagi mereka yang peduli terhadap nasib anak yatim.
Kebersamaan dengan anak yatim ketika di dunia yang diasuh dengan baik menunjukkan bahawa mereka akan ditempatkan bersama-sama dengan Rasulullah saw di syurga. Sebab, Allah swt akan membangkitkan manusia di Akhirat kelak bersama-sama dengan orang yang menyertainya. Sungguh perbuatan yang sangat mulia apabila mahu berkongsi kasih sayang dengan anak-anak yatim yang banyak di institusikan oleh keluarganya kerana keterbatasan faktor kewangan. Baginda saw mengisyaratkan kedekatannya dengan pengasuh anak yatim bagaikan kedekatan jari telunjuk dengan jari tengah atau jari telunjuk dengan ibu jari. Rasulullah saw bersabda, “Aku bersama orang yang mengurus anak yatim di syurga seperti ini- Nabi mengisyaratkan dua jarinya, telunjuk dan jari tengah, atau jari telunjuk dan ibu jari.” (HR Malik dalam Al-Muwaththa’ bab 6 halaman 8)
Dituturkan dari Ibn Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memelihara anak yatim di tengah kaum muslim dengan memberi makan dan minum, maka Allah akan memasukkannya ke syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak diampuni Allah (dosa musyrik).” ( Al-Tirmizi)
Dituturkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang mengutusku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa pada Hari Kiamat pada orang yang mengasihi anak yatim, ramah, manis tutuk katanya dan benar-benar menyayangi anak yatim dan mengambil peduli kelemahannya. Juga tidak menyombongkan diri terhadap tetangganya dengan kekayaan yang diberikan Allah kepadanya.” ( Al-Baihaqi )
Demikianlah wahai saudaraku, semoga tulisan yang singkat ini bermanfaat bagi kita semua. Marilah kita tingkatkan rasa kepedulian kita kepada para anak yatim dan orang-orang miskin dengan cara menyantuni mereka dengan baik. Iaitu sesuai dengan perintah Allah swt dan tuntunan Baginda Rasulullah saw, agar kita tidak termasuk ke dalam golongan kaum yang “Mendustai Agama”, sebagaimana yang di isyaratkan oleh Al Quran sebagaimana dalam surah 107, ayat 1-3 diatas.
Marilah kita memberikan kesenangan kepada anak yatim, agar kelak kita memperolehi ganjaran berupa “Rumah Kesenangan” yang letaknya dekat dengan Nabi saw di Akhirat kelak. Wallahu`alam.
Jagalah Hati…
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan