Popular Posts

Khamis, 10 Mei 2012

TANGISAN ZIKIR... (EPISOD AKHIR)





Berkumandang zikir al- Quran memecah khayalannya.Subuh masih kian berganjak tiba.Iman mengesat air mata yang terus menitis dengan hujung telekung. Kenangannya lebih nakal menayangkan Insyirah yang terpaksa menerima kesan buruk daripada penerimaan AZT iaitu sejenis dadah yang bukanlah penawar tapi menyebabkan sel-sel darah Insyirah semakin berkurangan lantaran tulang sum-sum yang terjejas.Membuatkan Insyirah diserang pening, sakit otot,dijajahi ruam dan kesukaran untuk tidur. Penderitaan Insyirah semakin merasuk sukmanya..


“ayah…mak...saya sudah tak tahan melihat keadaan Insyirah mak..”


“Kita ubat cara kampung nak?”kata ibunya lembut.


“Mak tak faham..Penyakit Ira tak boleh diubati lagi..!” Jerit Iman di takung sebak dan pedih.


“Ya Allah,Engkau sahaja yang mengetahui hatiku ini.Apa yang berkocak dan bergoncang didalamnya.Sesungguhnya ku pohon ya ALLAH tamatkanlah penderitaan anak kesayanganku ini..”Doa ibunya kedengaran syahdu ditelinga Iman.ameen..Terngiang sebuah syair arab yang selalu di didendangkan oleh arwah suaminya yang tercinta.


“Biarkan takdir berjalan dalam kejadian. Janganlah dirimu tidur kecuali dengan hati yang tenang antara pejaman mata dan bangun. ALLAH mengubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain.”


“ Puan..Insyirah sudah dijangkiti pneumonia,saya juga temui kesan yang merosak fungsi buah pinggangnya.”Iman melihat sayu Dr Rasyikin menyutik Insyirah yang pucat lesi.Berita-berita buruk sudah seperti biasa pada pendengarannya.Iman sudah lali! penat!..Tangannya mengusap wajah Insyirah penuh kasih.Sedaya mungkin dia menahan air mata dari menitik.


Setiap kali malam meradung, berseorangan disisi Insyirah menggamit nalurinya berfikir.Apakah wajar dia membiarkan Ira begitu terseksa sedang dia tak mampu berbuat apa-apa.kini otak,hati,paru-paru dan jantung Ira makin hancur menyebabkan anak tunggalnya itu terkadang lemah di katil.


“Iman tak sanggup lagi kak..Iman minta Dr Rasyikin menggunakan suntikan maut melalui program computer.”Lirih iman penuh kepayahan.


“Apa??Suntikan maut??” Matanya terpaku rapat pada mata Iman.Adik yang sangat dikasihinya itu mencari pengertian pada tindakannya itu.


“Tak sakit kak…Itu lebih baik dari penderitaan yang ditanggungnya kak..”


“Kau gila!Itu kejam Iman..jangan jadi pembunuh sayang.Jangan lakukan dosa tu Iman…”Dalam kekerasan Isyah sedaya mungkin cuba berlembut.Dia yakin adiknya sudah dikuasai syaitan..


“Istighfar adik..istighfar…Dimana agama adik…Dimana iman adik.Ingat ALLAH…Apa hak kita nak bunuh dia maan.Sekalipun maan ibu Ira,dia bukan milik Iman sepenuhnya.Kita milik Allah maan,nyawa Ira milik Allah sepenuhnya..Biar Allah yang tentukan..Allah tak pernah membebankan hamba-Nya dengan dugaan yang tak mampu ditanggungnya..”Isyah mendakap iman sekuatnya.Dia cuba menyalurkan kekuatan dalam kasih sayang yang terlalu tinggi untuk adiknya..Doa dan selawat terus dibisikkan,moga-moga ketenangan datang bersama pelukan cinta dari ALLAH MAHA Pengasih..


Insyirah meninggal dunia 3 minngu lepas dengan keadaan kesihatan yang tenat.Anak itu sempat tersenyum padanya.Masih dia ingat, malam terakhir di sisi Insyirah, anak itu memintanya membacakan puisi yang selalu di bacakan oleh ayahnya.Katanya puisi itu mendekatkan dia dengan ayah.


Iman terus meratap kepada ALLAH.Ia baru merasa betapa lemah,kerdil dan tiada berdaya dirinya.Dia baru merasa bahawa manusia sesungguhnya tidak mampu menentukan takdirnya.Takdir sepenuhnya adalah hak ALLAH yang Maha Esa.Allah jua yang berhak memutuskan segalanya..


Azan subuh berkumandang lembut mengariskan seribu kesyahduan yang luar biasa indah didalam hati Iman biarpun keletihan.Selesai azan iman menadah tangan berdoa,mengakhiri munajat zikir dan tasbihnya yang panjang.



TAMATLAH SEBUAH TANGISAN ZIKIR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan