Gadis itu datang dengan segenap rasa yang bercampur aduk di dalam hatinya... Perlahan-lahan beliau menghampiri lelaki itu. Seorang lelaki yang hebat lagi tampan serta menjadi idola orangramai. Malu pun kian memenuhi dadanya dan semakin merona di wajahnya. Si gadis lalu berkata, " Aku menyerahkan diriku padamu..."
Siapakah gadis itu dan siapa pula lelaki tersebut....?
Jangan salah faham, secubit kisah di atas bukan diambil dari novel cinta dan bukan pula dari filem romantik. ". Kisah singkat di atas bukanlah cerita rekaan. Ia kisah benar yang dinukilkan oleh orang-orang mulia lagi jujur...
Tahukah kita siapa gadis dan lelaki itu...?
Gadis itu adalah seorang sahabat wanita dan lelaki hebat tersebut adalah seorang pemimpin bagi kaumnya, malahan pemimpin para utusan Allah, pemimpin umat manusia, pemimpin makhluk Allah semesta alam, iaitu Nabi kita Muhammad saw...
Lanjutan dari kisah di atas dapat kita baca dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim...
Apakah hubungan
gadia tersebut dengan Rasulullah saw, Junjungan kita...?
Dia mendatangi Baginda saw untuk menawarkan dirinya untuk dinikahi!
Terpancul
sebuah soalan dari kisah ini, “Bolehkah wanita ‘agresif’ seperti itu...?
Tentu sahaja boleh kerana siapa yang melarang
wanita untuk ‘agresif’" dalam hal
ini...?
Adakah tindakan wanita yang ‘agresif’ sebegini di
anggap berdosa...?
Tidak
kerana jika ia dianggap perbuatan yang berdosa dan pelanggaran terhadap syariat
Islam, tentu Rasulullah saw akan menegur wanita tersebut dan Baginda saw juga
tentunya akan menjelaskan larangan tentang hal itu kepada para sahabatnya,
sebagaimana kebiasaan Baginda saw tatkala menyaksikan kesalahan yang dilakukan
beberapa sahabat Baginda saw.
Akan tetapi, dalam kes di atas, ternyata tidak ada
sepatah kata pun yang keluar dari lisan Baginda saw kepada wanita tersebut,
sama ada dalam bentuk teguran, nasihat apalagi herdikan atas apa yang disuarakannya.
Sebab lanjutan dari tawaran si wanita itu, Baginda
saw hanya memandangnya, Baginda saw terdiam. Melihat gelagat seperti itu,
sahabat yang ada di sisi Baginda saw berkata dengan penuh semangat, "Wahai
Rasulullah, nikahkanlah aku dengannya, jika engkau memang tidak berminat
dengannya ". Di akhir riwayat itu, Baginda saw pun menikahkannya dengan
wanita tersebut..
Jika begitu, salah satu pelajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa tersebut ialah bukanlah aib dan bukan pula suatu yang dimakruhkan apalagi diharamkan bila seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi kepada lelaki yang ia pandang baik akhlak dan agamanya...
Hanya yang perlu difahami dengan jelas ialah perkataan DINIKAHI...
Maksudnya, boleh
bagi seorang wanita menawarkan dirinya kepada seorang lelaki untuk dinikahi, bukan
untuk dijadikan teman usrah, teman mesra, atau sekadar teman lelaki dengan
alasan "mengeratkan silaturahim", “kepentingan dakwah” dan
seumpamanya.
Seorang wanita memang diberikan kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan oleh Allah swt berupa sifat malu yang sangat dominan dalam perilakunya. Akan tetapi, adakah sifat malu tersebut menghalanginya untuk menggapai kenikmatan yang disyariatkan Allah...?
Wanita dalam kisah di atas mencontohkan kepada
kita, betapapun lekatnya sifat wanita pada diri dan betapa pun besarnya rasa
malu yang ada pada dirinya, itu tidak menghalangnya untuk mendapatkan apa yang
dihalalkan untuknya oleh Robb-nya...
Di satu
sisi, ia kelihatan ‘nekad’ dan ‘agresif’, tetapi di sisi lain ia adalah seorang
sahabat wanita yang tentunya lebih mulia, lebih suci hatinya, lebih banyak
ibadahnya dan lebih menjaga kehormatan daripada wanita mana pun dan dimanapun
setelah zamannya, termasuklah deretan wanita-wanita terbaik zaman ini. Wanita
tersebut sangat jauh melampaui kehebatan kita semua kerana beliau adalah
sahabat Rasulullah saw!
Rasulullah saw bersabda, " Sebaik-baik
generasi adalah generasiku, kemudian setelahnya, kemudian setelahnya" (Bukhari
dan Muslim).
Jadi termasuk cara yang diperbolehkan oleh Islam bagi wanita untuk mendapatkan jodoh adalah dengan menawarkan dirinya kepada lelaki yang disukainya, dan itu termasuk bentuk ikhtiar yang diperbolehkan dalam Islam sebab jodoh itu tidak datang dengan hanya menadahkan tangan ke langit, dan tidak cukup pula dengan menghiasi malam-malam bersama airmata yang terurai di tempat sujud...
Sebab, "langit tidak menurunkan hujan emas
", sebagaimana kata mutiara dari sahabat Rasulullah saw yang mulia, iaitu Syaidina
Umar al- Khattab ra.
Kata ini keluar dari lisannya tatkala menyaksikan
seorang yang seolah-olah ingin mendapatkan rezeki, tetapi ia hanya menyibukkan
dirinya dengan ibadah di masjid dan tidak bekerja.
Begitulah juga untuk menggapai jodoh. Tidak cukup
hanya dengan bersandarkan kemampuan kita sendiri atau bantuan orang lain
mencari jodoh buat kita, tanpa mengingati bahawa di tangan-Nya jua jodoh
seluruh makhluk. Bila Dia berkehendak untuk memberikan jodoh kepada seorang
hamba, maka Dia akan memberinya walaupun ia " lari " daripadanya.
Sebaliknya, jika Dia tidak menghendaki, maka jodoh
tidak akan ia temui walaupun ia berusaha mencarinya ke seluruh penjuru dunia,
menembusi laut dan membelah gunung.
Jodoh itu di tangan-Nya.
Oleh kerana itu, dalam menjalankan segala usaha, di
antaranya mencari jodoh, seorang muslim dan muslimah dituntut memahami bahawa "Berikhtiar dengan mencari dan
menjemputnya, kemudian bertawakal kepada-Nya dengan berdoa dan menyerahkan
hasilnya kepada Allah "
Jadi, jika seorang wanita telah mengerahkan segala
usahanya untuk mencari jodoh, disamping dengan berdoa kepada Allah, entah
dengan dijodohkan orang tua, atau dengan perantara rakan taulan atau cara
lainnya yang tidak melanggar syariat, akan tetapi belum pula mendapatkannya,
kenapa tidak cuba sahaja cara yang dilakukan oleh sahabat wanita di atas?
Itu salah satu bentuk ikhtiar yang diperbolehkan,
siapa tahu melalui sebab itu Allah menghantarkan kita menuju ke jinjang pelamin.
Bukankah itu lebih baik daripada waktu memakannya
hari demi hari?
Maka, tidak mengapa, walaupun darah kita
bergelegak, hatimu berdebar dan tubuh menggeletar, cubalah datangi lelaki yang
dirasakan sesuai untuk diri dan katakanlah, " Saudara semuslimku, mahukah engkau
menikahiku...?"
Subhanallah...!
Indahnya
Pernikahan Itu.
Wallahu`alam
Jagalah
Hati...
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan