Popular Posts

Ahad, 6 Mei 2012

SEBUAH KISAH CINTA... (EPISOD 6)





Jenazah Izzah telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.


Hari-hari aku selepas itu juga berubah. Ketika itu aku dah pun tamat pengajian dan telah bekerja. Jadi aku bercuti agak lama untuk berada di kampung dan selalu menziarahi keluarga pakcik Hashim. Hanya itu yang mampu aku buat untuk memberikan semangat pada mereka. Seisi keluarga terutama Husna sangat terkesan dengan pemergian Izzah, apatah lagi pusaranya pun tiada di sini sebagai pengubat rindu. Kehilangan adik kembarnya sangat mengejutkan dia. Kami semua hanya mampu berdoa selalu agar roh arwah Izzah aman di dunia sana. Aku?


Aku rasa terkilan sangat, kerana kami tidak pernah berhubungan. Tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kami. Aku masih ingat, hanya 2 kali arwah tersenyum pada aku - ketika pertama kali berjumpa dalam bas, dan ketika dia menghidangkan minuman sewaktu aku mengajar tuisyen di rumahnya.


Ketika hari pertunangan pun, dia hanya menundukkan pandangan, langsung malu untuk bertentangan mata dengan aku. Begitu juga sewaktu menghantarnya 'kali terakhir' di lapangan terbang dulu.. Tiada senyuman, sekadar merenung kepadaku. Tapi, raut wajahnya tetap jelas dalam ingatan aku.


Aku sendiri tak sangka, yang aku tersangat memikirkan arwah. Hinggakan.. Aku menulis surat dan hantar ke emel dia! - walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membuka, atau membacanya..


Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat Hashim,


Maafkan aku kerana tetap menulis perasaanku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan pada siapa


Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita berdua
Tapi aku sudah buntu untuk melupakanmu


Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang perasaan itu


Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tidak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai wanita selainmu..


Salam sayang, dan kita tetapkan bersatu.


Tak lama selepas itu, keadaan menjadi semakin pulih. Aku pun dah kembali bertugas. Keluarga pakcik Hashim pun semakin baik keadaannya. Sejak peristiwa itu sampai sekarang, hal perkahwinan aku dan arwah Izzah langsung tidak disentuh. Mungkin pakcik Hashim tahu yang aku memang mengerti dan tiada apa yang boleh mengubah takdir.


Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan