Malam
itu, malam terakhir sebelum aku balik semula ke JB. Ketika asyik menyelak
'home' facebook, tiba-tiba aku terlihat akan sebuah gambar, ada 2 orang wanita.
Salah seorangnya berkerusi roda. Sekali terpandang aku nampak macam biasa aje.
Tapi hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Aku amati semula gambar tadi,
seakan-akan mengenali salah seorang wanita itu. Pada gambar yang tak berapa
jelas itu, kelihatan ada kesan parut pada wajahnya.
Tapi yang lebih mengejutkan, orang yang ditag pada gambar itu adalah orang yang selalu komen, beri kata-kata semangat pada aku di facebook. Aku kembali ingat, dia kata dia lumpuh kedua-dua kakinya. Aku buka profilnya, dan aku lihat lokasinya adalahDublin !!
Lebih mengejutkan bila kau terbaca salah satu statusnya;
Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia..
Ungkapan itu sama dengan antara bait-baitsurat
yang pernah aku hantar pada emel arwah Izzah selepas kematiannya! Mustahil ada
orang lain yang membacanya. Aku jadi makin teruja. Aku kembali amati gambar
tadi betul-betul, dan aku tersentak lagi bila tersedar pemakaiannya sama saja
seperti Husna dan Izzah!
Allah sajalah yang tahu perasaan aku waktu itu. Tiada siapa pada masa itu. Lalu tanpa aku sedar, air mata jantan aku menitis. Lagipun sudah lewat malam. Tanpa membuang masa, aku terus comment pada gambar itu. "Maaf, adakah nama awak Izzah?".
Namun agak sekian lama aku tunggu, tiada yang membalas. Sudah hampir jam 4 pagi, tapi aku masih tetap tunggu. Lalu aku terfikir untuk solat sunat hajat pada masa itu jugak. Aku panjatkan doa benar-benar pada Allah - jika itu Izzah dan jika dia masih hidup, berilah aku petunjuk dan pertemuan dengannya. Jika bukan, berikanlah padaku kesabaran dan kekuatan untuk terima semua ini.
Selesai saja solat, aku kembali kepada laptop dan melihat gambar itu semula. Tapi sayang sekali, gambar tersebut sudah tiada! Nampaknya telah dibuangkan.. Ya Allah, adakah ini petunjukmu? Adakah itu bukan Izzah?
Tiba-tiba aku teringatkan Husna, terus saja aku telefon dia.
"Hello, Husna? Betul ke...", dengan terburu-buru aku terus tanya bila Husna menjawab panggilan. Tapi cepat-cepat dia potong percakapan aku.
"Eh, kenapa ni pagi-pagi buta call Husna?", kata Husna. Terus saja lidah aku kelu. Tak tahu mana nak mula balik.
"Ehm.. Izzah belum mati bukan?", akhirnya aku tanya soalan tu selepas agak lama membisu.
"Hah!!", respon spontan Husna. Nampaknya dia terkejut dengan apa yang aku tanya. Tapi dia tak terus menjawab, sebaliknya hanya berdiam diri.
"Izzah belum mati,kan ?",
aku tanya lagi.
"Apa awak merepek ni?", cepat-cepat Husna menyoal aku balik.
"Aku jumpa gambar dia. Dia berkerusi roda.Ada kesan kemalangan pada muka dia. Tapi aku
yakin itu dia!", jawab aku tegas.
"Baik kau terus terang je..", gertak aku. Tapi tak lama, Husna mematikan panggilan tanpa sepatah jawapan pun.
Kenapa dia tak jawab langsung? Nampaknya memang ada sesuatu yang Husna sembunyikan dari aku. Keesokan pagi bila fajar mula kelihatan, aku terus saja bergegas ke rumah pakcik Hashim. Walaupun wajah aku lesu kerana semalaman tak mampu tidur, namun hati aku terasa begitu segar, berbunga-bunga.. Bagai mendesak-desak untuk menzahirkan rasa bahagia.
Kelihatannya kedatangan aku memang dijangka mereka sekeluarga. Pakcik Hashim mempelawa aku masuk. Diajaknya bersarapan, seolah-olah tahu aku masih belum makan lagi. Tapi aku menolak dengan baik. Terus saja aku membuka persoalan yang tersimpan sejak awal pagi tadi, tapi persoalan itu bagaikan telah tersimpan begitu lama! Dan aku tak sabar lagi untuk mendengar jawapan dari mulut pakcik Hashim.
Namun seperti diduga, pakcik tak terus menjawab.. Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam. Ingin mengambil sesuatu, sangka aku. Sebentar kemudian pakcik keluar, dengan membawa beberapa kepingsurat !
"Ini.. Baca ni, bacalah semua...", kata pakcik sambil menghulurkan surat-surat tu pada aku. Aku ambil saja semuanya tanpa menyoal.
"a.izzah89@gmail.com??", itulah yang tertera sebagai alamat pengirim surat-surat tersebut!
Rupanya itu adalah surat-surat yang pernah diemel oleh Izzah kepada keluarganya. Sengaja pakcik print semuanya untuk aku baca. Satu persatu aku belek, aku baca sepenuh hati. Ah! Benar telahan aku selama ni.. Izzah masih hidup! Melihat saja aku selesai membaca surat-surat itu, pakcik Hashim terus membuka cerita.
"Maafkan kami sekeluarga, nak. Kerana rahsiakan semua ini. Tapi itulah permintaan Izzah..", pakcik memulakan cerita.
"Memang benar Izzah terlibat dalam kemalangan jalan raya kat Ireland dulu. Tapi dia tak mati, dia selamat.. Cuma, kedua-dua kaki Izzah lumpuh, dan wajah Izzah pun cedera jugak akibat kemalangan tu. Sekarang hanya parut yang bebekas di sisi wajahnya. Izzah dah tak macam dulu, dah tak secantik dulu. Dia rasa tak layak sangat untuk terus ditunggu kau."
"Jadi dia tekad, dia buat keputusan suruh kami sekeluarga bagitahu kau yang dia telah meninggal dunia. Itu lebih baik bagi Izzah, kerana dia tak mahu menjadi beban kepada kau. Dia harap kau dapat cari pengganti yang lain, sementara dia terus menetap kat kat untuk menjalani rawatan. Lagipun teknologi perubatan di sana lebih baik dan Izzah sendiri pun memerlukan sokongan moral dari sahabatnya di sana, kerana dia sendiri pun bakal menjadi seorang doktor. Alhamduillah, semuanya berubah menjadi lebih baik. Izzah pun semakin pulih dan selalu berhubungan dengan keluarga melalui emel."
"Tapi lepas sekian lama, kau masih tak berubah untuk menunggu dia. Jadi, Izzah meminta kakaknya Husna untukcuba
memenangi hati kau dan menjadi penggantinya. Tapi rupanya kau tetap menolak.
Kau masih anggap Izzah akan kembali."
"Adakah sampai saat ini kau masih cintakan Izzah?", tanya pakcik Hashim mengakhiri penjelasannya.
Aku masih buntu sejak tadi, bila mendengar penjelasan tu. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Sedih, marah, gembira, bersyukur, semua bercampur. Doa aku selama ni akhirnya Allah makbulkan. Izzah belum mati.. Izzah masih hidup!!
"Izzah kat mana sekarang pakcik?", tanya aku tanpa mempedulikan pertanyaan pakcik Hashim tadi. Pakcik Hashim menarik nafasnya panjang-panjang.
Lalu, "Angah! Keluar nak...", panggil pakcik Hashim.
Ya Allah! Aku terkejut mendengar panggilan itu. Angah itu Izzah! Hati aku jadi tak keruan. Aku tak tahu nak cakap apa, nak buat apa.. Sebentar kemudian, kelihatan suatu susuk tubuh manusia keluar dari tirai biliknya, dengan berkerusi roda yang disorong oleh Husna. Ya Allah.. Ayatul Izzah!
Rupanya Izzah baru saja pulang ke tanah air setelah proses pemulihannya selesai di sana. Dia akan terus berehat dan dirawat di sini hingga benar-benar pulih.
Aku tatap wajah Izzah dalam-dalam. Dia masih tertunduk. Lama-kelamaan baru berani mengangkat wajahnya, perlahan-lahan.. Pada wajahnya telah tertumpah air mata. Pada wajahnya juga terlihat akan parut kesan kemalangan. Namun tidaklah seteruk mana bagi aku. Akhirnya terbit juga senyuman diwajahnya. Itulah senyuman yang pernah aku lihat ketika pertama kali bersua dengan Izzah di dalam bas dulu. Tetap sama! Aku hanya mampu tersenyum kembali. Aku bersyukur pada Mu, Ya Allah!!
Akhirnya, aku dan Izzah bersatu jua! Kami diijab-kabulkan pada 4 Januari 2012, sebulan selepas pertemuan itu. Pada hari bersejarah itu, masih terngiang-ngiang kata-kata pakcik Hashim (opss, sekarang dah jadi ayah);
"Mula-mula dulu, kau yang nak uji Izzah. Kemudian, Izzah pula yang uji kau.. Hahaha".
Kata-kata itu aku sambut dengan gelak ketawa. Tapi Izzah yang berada di sisi aku tak memahami maksud ayahnya. Lagilah membuatkan aku dan ayahnya ketawa besar.
"Kalau kau nak tahu, suami kau sekarang ni dah tak bawak bas dah.. Dia bawak kertas-kertas lukisan pulak sekarang..", kata ayah yang masih mahu berlapik-lapik. Izzah masih kelihatan bingung. Rupanya mati-mati dia sangka aku masih seorang driver bas. Pandai betul ayahnya simpan rahsia.. Haha. Kesian pulak tengok dia blur-blur, jadi aku pun explain la..;
"Dulu awak bertunang dengan seorang driver bas. Tapi hari ni awak berkahwin dengan seorang arkitek..", terang aku dengan senyuman.
"Kalau awak tak faham gak, nanti malam ni saya citer okey? Cuma satu saya nak bagitahu awak, terima kasih kerana menerima saya seadanya...", kataku.
.... Inilah jalan cerita hidup aku. Alhamdulillah sekarang kami hidup bahagia sebagai suami isteri.. Saling melengkapi…
Tapi yang lebih mengejutkan, orang yang ditag pada gambar itu adalah orang yang selalu komen, beri kata-kata semangat pada aku di facebook. Aku kembali ingat, dia kata dia lumpuh kedua-dua kakinya. Aku buka profilnya, dan aku lihat lokasinya adalah
Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia..
Ungkapan itu sama dengan antara bait-bait
Allah sajalah yang tahu perasaan aku waktu itu. Tiada siapa pada masa itu. Lalu tanpa aku sedar, air mata jantan aku menitis. Lagipun sudah lewat malam. Tanpa membuang masa, aku terus comment pada gambar itu. "Maaf, adakah nama awak Izzah?".
Namun agak sekian lama aku tunggu, tiada yang membalas. Sudah hampir jam 4 pagi, tapi aku masih tetap tunggu. Lalu aku terfikir untuk solat sunat hajat pada masa itu jugak. Aku panjatkan doa benar-benar pada Allah - jika itu Izzah dan jika dia masih hidup, berilah aku petunjuk dan pertemuan dengannya. Jika bukan, berikanlah padaku kesabaran dan kekuatan untuk terima semua ini.
Selesai saja solat, aku kembali kepada laptop dan melihat gambar itu semula. Tapi sayang sekali, gambar tersebut sudah tiada! Nampaknya telah dibuangkan.. Ya Allah, adakah ini petunjukmu? Adakah itu bukan Izzah?
Tiba-tiba aku teringatkan Husna, terus saja aku telefon dia.
"Hello, Husna? Betul ke...", dengan terburu-buru aku terus tanya bila Husna menjawab panggilan. Tapi cepat-cepat dia potong percakapan aku.
"Eh, kenapa ni pagi-pagi buta call Husna?", kata Husna. Terus saja lidah aku kelu. Tak tahu mana nak mula balik.
"Ehm.. Izzah belum mati bukan?", akhirnya aku tanya soalan tu selepas agak lama membisu.
"Hah!!", respon spontan Husna. Nampaknya dia terkejut dengan apa yang aku tanya. Tapi dia tak terus menjawab, sebaliknya hanya berdiam diri.
"Izzah belum mati,
"Apa awak merepek ni?", cepat-cepat Husna menyoal aku balik.
"Aku jumpa gambar dia. Dia berkerusi roda.
"Baik kau terus terang je..", gertak aku. Tapi tak lama, Husna mematikan panggilan tanpa sepatah jawapan pun.
Kenapa dia tak jawab langsung? Nampaknya memang ada sesuatu yang Husna sembunyikan dari aku. Keesokan pagi bila fajar mula kelihatan, aku terus saja bergegas ke rumah pakcik Hashim. Walaupun wajah aku lesu kerana semalaman tak mampu tidur, namun hati aku terasa begitu segar, berbunga-bunga.. Bagai mendesak-desak untuk menzahirkan rasa bahagia.
Kelihatannya kedatangan aku memang dijangka mereka sekeluarga. Pakcik Hashim mempelawa aku masuk. Diajaknya bersarapan, seolah-olah tahu aku masih belum makan lagi. Tapi aku menolak dengan baik. Terus saja aku membuka persoalan yang tersimpan sejak awal pagi tadi, tapi persoalan itu bagaikan telah tersimpan begitu lama! Dan aku tak sabar lagi untuk mendengar jawapan dari mulut pakcik Hashim.
Namun seperti diduga, pakcik tak terus menjawab.. Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam. Ingin mengambil sesuatu, sangka aku. Sebentar kemudian pakcik keluar, dengan membawa beberapa keping
"Ini.. Baca ni, bacalah semua...", kata pakcik sambil menghulurkan surat-surat tu pada aku. Aku ambil saja semuanya tanpa menyoal.
"a.izzah89@gmail.com??", itulah yang tertera sebagai alamat pengirim surat-surat tersebut!
Rupanya itu adalah surat-surat yang pernah diemel oleh Izzah kepada keluarganya. Sengaja pakcik print semuanya untuk aku baca. Satu persatu aku belek, aku baca sepenuh hati. Ah! Benar telahan aku selama ni.. Izzah masih hidup! Melihat saja aku selesai membaca surat-surat itu, pakcik Hashim terus membuka cerita.
"Maafkan kami sekeluarga, nak. Kerana rahsiakan semua ini. Tapi itulah permintaan Izzah..", pakcik memulakan cerita.
"Memang benar Izzah terlibat dalam kemalangan jalan raya kat Ireland dulu. Tapi dia tak mati, dia selamat.. Cuma, kedua-dua kaki Izzah lumpuh, dan wajah Izzah pun cedera jugak akibat kemalangan tu. Sekarang hanya parut yang bebekas di sisi wajahnya. Izzah dah tak macam dulu, dah tak secantik dulu. Dia rasa tak layak sangat untuk terus ditunggu kau."
"Jadi dia tekad, dia buat keputusan suruh kami sekeluarga bagitahu kau yang dia telah meninggal dunia. Itu lebih baik bagi Izzah, kerana dia tak mahu menjadi beban kepada kau. Dia harap kau dapat cari pengganti yang lain, sementara dia terus menetap kat kat untuk menjalani rawatan. Lagipun teknologi perubatan di sana lebih baik dan Izzah sendiri pun memerlukan sokongan moral dari sahabatnya di sana, kerana dia sendiri pun bakal menjadi seorang doktor. Alhamduillah, semuanya berubah menjadi lebih baik. Izzah pun semakin pulih dan selalu berhubungan dengan keluarga melalui emel."
"Tapi lepas sekian lama, kau masih tak berubah untuk menunggu dia. Jadi, Izzah meminta kakaknya Husna untuk
"Adakah sampai saat ini kau masih cintakan Izzah?", tanya pakcik Hashim mengakhiri penjelasannya.
Aku masih buntu sejak tadi, bila mendengar penjelasan tu. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Sedih, marah, gembira, bersyukur, semua bercampur. Doa aku selama ni akhirnya Allah makbulkan. Izzah belum mati.. Izzah masih hidup!!
"Izzah kat mana sekarang pakcik?", tanya aku tanpa mempedulikan pertanyaan pakcik Hashim tadi. Pakcik Hashim menarik nafasnya panjang-panjang.
Lalu, "Angah! Keluar nak...", panggil pakcik Hashim.
Ya Allah! Aku terkejut mendengar panggilan itu. Angah itu Izzah! Hati aku jadi tak keruan. Aku tak tahu nak cakap apa, nak buat apa.. Sebentar kemudian, kelihatan suatu susuk tubuh manusia keluar dari tirai biliknya, dengan berkerusi roda yang disorong oleh Husna. Ya Allah.. Ayatul Izzah!
Rupanya Izzah baru saja pulang ke tanah air setelah proses pemulihannya selesai di sana. Dia akan terus berehat dan dirawat di sini hingga benar-benar pulih.
Aku tatap wajah Izzah dalam-dalam. Dia masih tertunduk. Lama-kelamaan baru berani mengangkat wajahnya, perlahan-lahan.. Pada wajahnya telah tertumpah air mata. Pada wajahnya juga terlihat akan parut kesan kemalangan. Namun tidaklah seteruk mana bagi aku. Akhirnya terbit juga senyuman diwajahnya. Itulah senyuman yang pernah aku lihat ketika pertama kali bersua dengan Izzah di dalam bas dulu. Tetap sama! Aku hanya mampu tersenyum kembali. Aku bersyukur pada Mu, Ya Allah!!
Akhirnya, aku dan Izzah bersatu jua! Kami diijab-kabulkan pada 4 Januari 2012, sebulan selepas pertemuan itu. Pada hari bersejarah itu, masih terngiang-ngiang kata-kata pakcik Hashim (opss, sekarang dah jadi ayah);
"Mula-mula dulu, kau yang nak uji Izzah. Kemudian, Izzah pula yang uji kau.. Hahaha".
Kata-kata itu aku sambut dengan gelak ketawa. Tapi Izzah yang berada di sisi aku tak memahami maksud ayahnya. Lagilah membuatkan aku dan ayahnya ketawa besar.
"Kalau kau nak tahu, suami kau sekarang ni dah tak bawak bas dah.. Dia bawak kertas-kertas lukisan pulak sekarang..", kata ayah yang masih mahu berlapik-lapik. Izzah masih kelihatan bingung. Rupanya mati-mati dia sangka aku masih seorang driver bas. Pandai betul ayahnya simpan rahsia.. Haha. Kesian pulak tengok dia blur-blur, jadi aku pun explain la..;
"Dulu awak bertunang dengan seorang driver bas. Tapi hari ni awak berkahwin dengan seorang arkitek..", terang aku dengan senyuman.
"Kalau awak tak faham gak, nanti malam ni saya citer okey? Cuma satu saya nak bagitahu awak, terima kasih kerana menerima saya seadanya...", kataku.
.... Inilah jalan cerita hidup aku. Alhamdulillah sekarang kami hidup bahagia sebagai suami isteri.. Saling melengkapi…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan