Popular Posts

Selasa, 8 Mei 2012

TANGISAN ZIKIR... (EPISOD 1)





Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan).”  (QS 2 :214)




“Mama!!”


Iman tersentak. Membuka mata dan melihat kesamaran cahaya bulan yang menawan masuk melalui jendela yang terbuka. Cahaya itu baginya seperti hamparan selendang bidadari yang turun menemani hamba-hamba Allah yang tidak lalai... yang bangun untuk bertasbih kepada-Nya. Di atas sana ada jutaan para malaikat yang bertasbih di sisi Ilahi yang megah memuji hamba-Nya yang bertahajud. Hatinya disapa tenang, dalam zikir yang perlahan Iman menangis sendiri.


“Mamaa..”


Debar didadanya sedikit bergendangan, berombak. Hilang kekusyukkan tadi, dia sedikit termengah, dahinya berpeluh-peluh.Turun bersama lajunya airmata yang setia menghias pipinya. Sudah acapkali rintihan itu mengganggu, semakin gagah dilupakan semakin berani pula mengoda kamar telinganya. Matanya yang berkaca merenung bilahan cahaya yang menerjah kesejukan dinihari, nafas berat ditarik sedalam-dalamnya.


“Rabbana zalamnaa amfusanaa waillam taghfirlanaaa watarhamnaa lanakuu nannaminal ghasiriinn..” Rintihnya berulang kali dalam hati,mencari kekuatan pada senjata orang mukmin itu. Dia bangun menyegarkan diri dengan solat tahajjud beberapa rakaat, mohon barakah dalam hidupnya. Moga dengan doa Rabiah bersama lagu-lagu zikir dan tasbih pintu ketenangan terbuka buatnya.


Matanya terkuak,rekahan cahaya fajar masih menemani kujur tubuhnya. Bersendiri ketika itu membuatkan hatinya begitu sayu.


“Abang..pandulah berhati-hati bang.Tak ada apa yang kita nak kejarkan. Man tak kisah lambat, asalkan kita selamat. Kampung tu tak lari ke mana.he..he..” Tegur Iman dalam gurauan apabila melihat suaminya memandu cukup laju dan sering memotong kenderaan lain. Hatinya dipagut bimbang. Syah, suaminya tersenyum ringkas.


“Bukan apa iman,abang tak sabar sangat. Lama benar tak jumpa mak dengan ayah kat kampung. Abang rindu mereka sangat-sangat..”


Iman berpaling ke belakang. Insyirah, anak tunggalnya nyenyak sekali tidur. Dia tersenyum, hatinya berkutik bahagia.


“ Sabar Iman sabarrr.. Kita ni nak, orang Islam. Separuh daripada iman kita bertunjang kepada kesabaran.” Wajah ibunya muncul dihadapan, memaut erat bahunya. Iman teresak lebih panjang. Dia meratapi nasibnya. Kehilangan orang yang paling dia sayang di rasakan hukuman yang terlalu berat untuknya. Dia merasakan kepalanya dipenggal seribu kali lebih baik daripada disiksa dengan dugaan ini. Tubuhnya menggigil,serasa tiada lagi kekuatan untuk dia bertapak. Dalam keadaan itu dia terus berusaha untuk sedar,bibir dan hatinya terus basah dengan zikir istighfar.


“ Ihssbiru wasoobiru waraabithu..dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa dirimu.Ingat ayat ni iman..” Bisik ayah mertuanya berulang kali sambil memapahnya kemas.


“ Yang pergi tu biarlah pergi nak, kita yang tinggal harus kuat. Iman masih ada Insyirah, dia perlukan Iman. Kita doakan moga dia selamat yaa..” Ayahnya pula memujuk sambil membelai belakangnya.
Iman menitiskan air mata. Kenangan 5 tahun lalu galak menganggu zikirnya. Dia terus menguatkan tasbihnya.Hatinya teringat pada Insyirah,dia koma lebih 2 minggu.




Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan